Menempah Bilik di Neraka Sebelum Mati
Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM"
Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat
Barat itu menaiki sebuah mikrobas (bas mini) untuk menuju ke satu destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut
sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi
seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dlm lingkungan 20 tahun. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya,
"Wahai pemudi,alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan
adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi
mangsa pandangan liar kaum lelaki " nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan
jawapan yang nakal dan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak
kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga
atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis
itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon
bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
" Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam
untukku " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar
jawapan daripada si gadis manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang
buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak
menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina
agama dgn lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut
didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan para penumpang yang lain mengejutkannya
tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus
memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah
kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas
dengan situasi yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai
segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu
yang sedang aneh berlaku pada mayat gadis yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi
hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan
kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu.
Untuk balik ke Kedah2U Angker (klik sini)
Kisah Seram Benar, Kisah Benar Seram, Cerita Seram Benar, Cerita Benar Seram, Kisah Angker, Angker Batu,
Cerita Hantu Seram, Kisah Hantu Puntianak / Pontianak / Kuntilanak, Pocong / Hantu Bungkus, Toyol / Jenglot, Ceplos,
Hantu Kubur, Hantu Raya, Pelesit, Hantu Tinggi / Hantu Galah, Saka, Orang Minyak, Hantu Kum Kum, Hantu Pokok Pisang,
Hantu Jepun / Askar Jepun, Langsuir / Langsiaq, Hantu Pari / Bunian, Zombie / Mayat Hidup / Zombi, Sundel Bolong,
Suster Ngesot, Setan Budeq, Penanggal / Tengelong etc
Sponsor Ads
|
|