Untuk membaca Kisah Seram yang Benar-Benar Berlaku (klik sini)
Laman Koleksi Cerita Seram Hantu, Pocong. Hantu Kubur, Pontianak, Hantu, Angker Batu dll
Kisah Benar :: Di Ganggu Hantu Kak Limah
Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah sambungan daripada Zombie Kampung Pisang
Hantu Kak Limah Sebenar Muncul
MARANG, 25 Disember 2011 – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak
hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam
dunia perfileman negara.
Hantu Kak Limah benar-benar muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di
Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat
diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan
rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah
seorang ahli keluarga terbabit.

gambar Hantu Kak Limah yg dirakam secara tidak sengaja
Ketua keluarga, En.Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut
mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke
Subuh, sebelum menghilangkan diri.
Hantu Kak Limah Minta Tolong
Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal
secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.
Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri
berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.
“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.
Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya.
Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik
beberapa keping papan serta tiang rumah lama.

rumah dibina daripada papan & kayu lama
Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di
Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.
Diganggu Selepas Bawa Balik Papan
"Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak
itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak
tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan" kata En.Mazlan
Menguatkan lagi dakwaan itu, En.Mohd.Syawal turut menunjukkan imej lembaga misteri wanita
tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa
hari lalu.
Bagaimanapun, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu, tetapi sering
diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya
tidak dapat tidur serta asyik menangis.
"Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumah pada sebelah malam,
apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi
gangguan ini" kata En.Mohd.Syawal.
Imam Nasihat Buat Solat Hajat
Sementara itu, daripada tinjauan yang dibuat terhadap beberapa penduduk berdekatan kawasan
itu, rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.
Manakala, Imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan
ayat suci Al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan
Solat Hajat bersama penduduk setempat.
Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka
menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara
menangani gangguan tersebut.
Gangguan Hantu Kak Limah Bakal Berakhir
MARANG, 31 Disember 2011 – Polis meminta keluarga En.Mazlan Ali, 55, dari Kampung Temiang,
di sini, segera mencari jalan penyelesaian berhubung dakwaan gangguan lembaga wanita
berambut panjang menyerupai hantu Kak Limah yang dikatakan mengganggu mereka.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, pihaknya telah
menyiasat perkara itu namun mendapati ia tiada sebarang unsur jenayah.
"Bagaimanapun, kami harap keluarga terbabit dapat segera mencari jalan penyelesaian sekaligus
dapat memastikan keadaan kembali seperti sediakala. Kita bimbang jika keadaan itu
berterusan, ia akan menjejaskan kehidupan orang lain" katanya
En.Mazlan berkata, pihaknya juga berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK) dan jawatankuasa Masjid di kampung itu dapat membantu keluarga terbabit.
Namun kerisauan keluarga itu terhadap gangguan misteri itu dijangka berakhir tidak lama
lagi, apabila ada pihak sudi tampil untuk membantu mereka. En.Mazlan berkata, dia menerima
panggilan daripada seorang lelaki bergelar ustaz dari Hulu Selangor sejak tiga hari lalu,
yang sanggup menyelesaikan misteri menghimpit keluarganya dengan percuma.
Menurutnya, ustaz itu akan datang ke rumahnya esok, bersama dua lagi pembantu bagi
menangani gangguan yang berlaku sejak dia bawa pulang beberapa keping papan, perabot dan
tiang rumah pusaka milik keluarganya di Jerangau, November lalu.
"Sebaik menerima panggilan daripada ustaz itu, saya rasa sungguh lega. Alhamdulillah ada
juga pihak sudi membantu kami. Buat masa ini, ustaz itu sudah beberapa kali menghubungi
saya dan bertanya perkembangan berhubung gangguan yang dialami" katanya.
Sementara itu, seorang ustaz yang enggan namanya didedahkan, berkata, keluarga itu perlu
sentiasa mendekatkan diri mereka dengan ALLAH SWT dan jangan terlalu percayakan bomoh atau
dukun palsu.
Menurutnya, tidak sukar untuk mengetahui sama ada perubatan itu khurafat atau tidak dan
samada bomoh atau dukun tersebut adalah palsu atau tidak.
"Keluarga ini perlu mengelak dari mendapat khidmat perubatan melalui mantera, tidak guna
ayat Al-Quran atau jika dalam bahasa lain ia berbunyi janggal" katanya.
Kak Limah dipenjara dalam botol
Marang, 2 Januari 2012 - Misteri gangguan makhluk halus menyerupai Hantu Kak Limah
menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung Temiang, Marang Terengganu sejak lebih
seminggu lalu terungkai apabila seorang ustaz yang menggunakan kaedah perubatan secara
Islam tampil membantu.
Ustaz itu tiba kira-kira jam 12 tengah hari kelmarindan proses pemulihan bermula di rumah
pusaka keluarga berkenaan di Jerangau kira-kira jam 4 petang.
Bagaimanapun usaha untuk menghalau makhluk halus di rumah En.Syawal Mazlan di Kampung
Temiang, di sini hanya dilakukan kira-kira jam 9 malam berikutan detik itu dikatakan
bermulanya kehadiran makhluk menyerupai Hantu Kak Limah itu.
Kak Limah adalah nama watak seorang wanita yang disangka jelmaan hantu dalam filem
Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat sambutan hangat di pawagam tahun lalu.
Usaha untuk tiba ke lokasi berkenaan agak mencabar berikutan lokasi rumah keluarga terbabit
yang agak terpencil, selain keadaan hujan lebat ditambah jarak rumah agak jauh lain
merumitkan lagi proses mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung.
Bagaimanapun, selepas berjaya masuk ke jalan yang bakal menghubungkan Kampung Temiang
melalui laluan Wakaf Tapai-Marang, kewujudan sebuah warung kopi di tepi jalan dengan
kesediaan pelanggannya yang terdiri daripada penduduk tempatan memberi maklumat diperlukan,
memudahkan usaha untuk menjejaki rumah En.Syawal iaitu lokasi utama kejadian.
Sebaik tiba di lokasi dituju, terpaksa pula meninggalkan kereta di tepi jalan kecil kerana
rumah itu terletak agak jauh di tengah padang.
Dalam keadaan hujan renyai-renyai, perjalanan menuju ke rumah itu amat mencabar. Terpaksa
meredah selut berlumpur selain situasi gelap yang amat menyeramkan.
Sedia menanti termasuk bapa En.Syaawal, En.Mazlan Ali, 55, dan ahli keluarga terdekat
selain beberapa penduduk kampung.
Setelah tiba ke rumah papan yang dibina semula daripada perkayuan rumah pusaka keluarga
berkenaan, tiba-tiba suasana dikejutkan dengan situasi tegang melibatkan adik En.Syawal,
En.Mat Ali, 15, yang secara tiba-tiba menangis, tidak sedarkan diri dipercayai akibat
dirasuk.
Selang beberapa minit kemudian, tatkala ahli keluarga sedang menenteramkan En.Mat Ali,
kakaknya, Pn.Masliana, 31, tiba-tiba dikatakan terpandang lembaga berambut panjang duduk
di alang rumah.
Ustaz yang pada ketika itu berada di rumah berdekatan selepas menikmati makan malam
sebaik dimaklumkan perkara itu, bergegas ke rumah En.Syaawal lalu terus memulakan proses
menghalau makhluk halus yang merasuk.
Pada masa itulah, Pn.Masliana tiba-tiba menunjukkan aksi dan tenaga luar biasa, membuka
pencak silat untuk bertarung dengan Ustaz. Tiada langsung ciri-ciri kewanitaan pada
lagaknya, yang kelihatan hanya langkah pendekar. Namun, biar begitu hebat pun Pn.Masliana,
mudah sahaja langkahnya dimatikan Ustaz dengan ayat suci Al-Quran. Ternyata yang
bersilat itu bukan Masliana sebenar tetapi makhluk halus yang menguasai tubuhnya.

Pn.Masliana bersilat setelah dirasuk
Bacaan ayat Al-Quran selain azan akhirnya berjaya membuat jin yang menguasai wanita itu
terperangkap. Pn.Masliana pulih apabila jin terbabit berjaya dikurung di dalam botol oleh
Ustaz.
Jin Kena sembelih
En.Mat Ali dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dirasuk makhluk halus dipercayai jin
kafir itu sempat berkomunikasi dengan Ustaz sebelum jin itu dimatikan melalui sembelihan
leher secara kaedah kebatinan.
Jin yang merasuk ke dalam tubuh En.Mat Ali akhirnya berjaya dikeluarkan selepas hampir
setengah jam berhempas pulas dan ia turut dimasukkan ke dalam botol plastik.

jin dikurung dalam botol
Ustaz tersebut kemudian menepung tawar katil pusaka dipercayai menjadi punca segala
kemelut yang berlaku.
Proses rawatan tidak menggunakan sebarang alat lain seperti kemenyan atau asap yang biasa
digunakan bomoh tradisional kecuali air penawar itu berakhir kira-kira jam 11.15 malam,
sebelum penduduk kampung bersurai setelah kesemuanya berpuas hati dengan kejayaan rawatan
diberikan.
Akhirnya, kehadiran Ustaz membantu mengusir makhluk halus yang mengganggu keluarga tanpa
bayaran, berjaya mengembalikan semula keharmonian hidup keluarga En.Syawal.
Untuk Membaca Kisah-Kisah Seram yang lain (klik sini)
Kisah Seram Benar, Kisah Benar Seram, Cerita Seram Benar, Cerita Benar Seram, Kisah Angker, Angker Batu,
Cerita Hantu Seram, Kisah Hantu Puntianak / Pontianak / Kuntilanak, Pocong / Hantu Bungkus, Toyol / Jenglot, Ceplos,
Hantu Kubur, Hantu Raya, Pelesit, Hantu Tinggi / Hantu Galah, Saka, Orang Minyak, Hantu Kum Kum, Hantu Pokok Pisang,
Hantu Jepun / Askar Jepun, Langsuir / Langsiaq, Hantu Pari / Bunian, Zombie / Mayat Hidup / Zombi, Sundel Bolong,
Suster Ngesot, Setan Budeq, Penanggal / Tengelong etc
Sponsor Ads
|
|