Bismillahir Rahmanir Rahim
Laman Utama | Iklan Biz & IKS | Produk Lelaki | Produk Wanita | Rawatan Islam




Kisah Seram Benar :: Jalan Berpuaka di Titi Haji Idris, Pendang Kedah

 Jalan berpuaka di Pendang
Pelbagai misteri menyelubungi Jalan Titi Haji Idris, Daerah Pendang, Kedah

JKR Diminta Siasat Jalan Maut
Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta melakukan siasatan di Jalan Titi Haji Idris yang sering menyebabkan kemalangan maut dengan kes terbaru yang membabitkan lima guru persilatan dari Persatuan Persilatan dan Pengendangan Silat Negeri semalam . Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah , Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata , jalan yang kerap mengalami kemalangan itu perlu diberi perhatian bagi mengelak kejadian yang sama berulang . Menurutnya , JKR mungkin dapat membuat kajian di kawasan berkenaan sama ada untuk memperbesarkan jalan atau mengambil langkah lain . “ Tindakan perlu diambil oleh JKR atau Kerajaan Persekutuan sama ada memperbesarkan atau meluruskan jalan berkenaan . “ Langkah ini penting kerana jalan Titi Haji Idris itu merupakan laluan utama pengguna di kawasan berkenaan , “ katanya kepada media ketika melawat mangsa kemalangan di Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB ) semalam . Beliau turut melawat Mohd Idris Senafi , 20 yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan kaki kanan . Ahmad Bashah berkata , beliau akan menggerakkan UMNO Bahagian di tempat tinggal mangsa untuk menghulurkan bantuan .


Jeritan Minta Tolong dari Dalam Van
Ketika merangkak menuju ke bahagian jalan raya disebabkan betis berasa sakit dan berharap ada kereta yang lalu pada waktu itu , saya mendengar suara merintih meminta tolong datang dari dalam van tetapi saya tidak berdaya untuk berpatah balik membantu , “ kata Ariffin Mahazon , 55 , dari Kampung Tok Led , Jalan Panchur , dekat sini . Dia yang merupakan seorang daripada ahli Kumpulan Seni Rela Bakti dari Rombongan itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan menerima enam jahitan . Ariffin berkata , rintihan meminta tolong berkenaan membuatkannya terus mengharapkan sebuah lagi kereta rombongan yang mengekori mereka dari belakang cepat sampai di tempat kejadian . Menurutnya , sebaik sahaja melihat kereta berkenaan menghampiri tempat kejadian , dia melambaikan tangan dan kereta itu berhenti . “ Lima lagi penumpang di dalam kereta terus mendapatkan saya tetapi saya menyuruh mereka pergi melihat keadaan mangsa lain yang berada di dalam van itu , “ katanya sebak ketika ditemui di rumahnya . Ariffin yang juga Guru Silat Persatuan Silat Gayong Cawangan Kampung Tok Led berkata , suasana kawasan di situ gelap dan mengharapkan lampu daripada kereta sebuah rombongan lagi menyuluh ke arah van terbabit . Mengimbas kembali sebelum kejadian itu , Ariffin terjaga ketika van itu berhenti di Plaza Tol Pendang , van terus bergerak dan saya sempat bertanya kepada pemandu , Rashidi Ahmad di mana lokasi sekarang dan dia mengatakan bahawa sudah berada berdekatan dengan Langgar . “ Merasakan bahawa sudah hampir sampai , saya mencari kasut dan tunduk untuk memakai kasut dan pada waktu itulah van melanggar pokok , katanya . Menurutnya , pada saat itu dia menyangka bahawa sesuatu buruk berlaku dan berusaha untuk keluar dari van melalui tingkap disebabkan mangsa lain bergelimpangan antara satu sama lain . “ Ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB ) , saya ada terdengar perbualan antara Rashidi dengan petugas ambulans yang mendakwa dia melihat sesuatu benda melintas , katanya . Sementara itu , seorang lagi anggota rombongan yang menaiki kereta , Mohd Noor Nin berkata , sebelum van berkenaan sampai ke Plaza Tol Pendang , ia memberi isyarat untuk memasuki Kawasan Rehat & Rawat ( R & R ) Gurun tetapi tidak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan . Guru Silat Persatuan Gayong Cawangan Kampung Alor Rela berkata , mungkin disebabkan merasakan bahawa destinasi tempat pulang semakin hampir , dia terus mengekori van itu dari belakang . “ Sesampai sahaja di tempat kejadian saya melihat Ariffin berada di tepi jalan sebelum menyuruh saya memberi bantuan kepada kawan – kawan lain . “ Memang ada orang kata , kalau van berkenaan berhenti di R & R Gurun pasti kemalangan itu tidak berlaku , tetapi itu Cuma andaian . Kalau sudah hendak jadi semua akan jadi , “ katanya .


Lima Guru Silat Maut di Jalan Puaka

 5 Guru Silat Turut Terkorban
Anggota polis sedang menguruskan mayat mangsa sebelum dibawa ke hospital

Senarai mangsa yang maut dalam kemalangan Jalan Titi Haji Idris
Jumaat @ Saad Mat Akir, 62 tahun, Kampung Manggol, Jitra
Juhari Darus, 65 tahun, Kampung Paya, Kodiang
Ahmad Ismail, 65 tahun, Alor Rela, Langgar
Sudin Deris, 65 tahun, Telaga Mas, Langgar
Ishak Awang Kechik @ Hanafiah, 78 tahun, Kampung Tualang, Pokok Sena


Tidak Sempat Berjumpa Keluarga
Kegembiraan rombongan persatuan seni silat Rela Bakti dari Kampung Alor Rela Langgar Pokok Sena bertukar kepada suasana sedih apabila sebuah van yang membawa ahlinya terbabit dalam kemalangan maut awal pagi , semalam . Kemalangan maut itu berlaku kira – kira jam 3.30 pagi berhampiran lampu isyarat Titi Haji Idris dekat Jalan Pendang ke Langgar menyebabkan lima penumpang di dalam van berkenaan maut , seorang berada dalam keadaan kritikal dan sedang mendapat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar manakala tiga lagi hanya mengalami kecederaan ringan . Sinar Harian yang turut ke lokasi kejadian kira – kira jam 4 pagi , semalam mendapati beberapa pihak iaitu bomba , polis , kakitangan kesihatan cuba mengeluarkan mangsa yang berada dalam keadaan itu . Satu demi satu penumpang yang di bawa keluar didapati sudah meninggal dunia manakala pakaian dan alat – alat muzik yang dibawa turut bertaburan di tempat kejadian . Mereka pergi menyahut panggilan illahi dan tidak kesampaian untuk bertemu keluarga masing – masing walaupun sudah begitu hampir untuk sampai ke rumah atau destinasi masing – masing . Penyelia Bomba Jalan Raja Alor Setar , Mat Nasir Syafie berkata , setelah mendapat maklumat mengenai kemalangan itu , anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati semua mangsa yang terbabit adalah warga emas kecuali pemandu van . Menurutnya , anggota bomba mendapati satu mangsa tercampak dari kenderaan ke dalam sawah manakala yang lain berada dalam van . “ Tiga mangsa dikenal pasti meninggal dunia manakala tiga mangsa lain dikejarkan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan , “ katanya .


Kesan Mendalam atas Pemergian Tok Guru Ahmad
Pemergian Ahmad Ismail , 65 memberi kesan kepada prestasi Kumpulan Gendang Seni Rela Bakti yang kini memang terkenal dalam kalangan masyarakat setempat dan juga di luar Kedah . Yang Dipertua Seni Silat Raja Wali Tunggal Kedah , Riduan Laidin berkata , kehilangan semua guru itu sangat terasa kerana jasa mereka menjadi nadi kepada perkembangan seni silat dan juga seni pergendangan di Kedah . Menurutnya , mereka sememangnya menjadi penyambung tradisi kepada seni warisan Melayu dan kehilangan ini mampu meninggalkan kesan yang besar kepada bidang berkenaan . “ Kehilangan ini memang memberi kesan kerana mereka terdiri daripada pelbagai aliran seni silat dan menjadi idola kepada pesilat muda , “ katanya . Bagi Guru Silat Persatuan Silat Gayong Cawangan Kampung Tok Led , Ariffin Mahazun , Ahmad menjadi penasihat kepada kumpulan gendang berkenaan . Menurutnya , kumpulan yang dibentuk pada 2001 dan membawa irama aliran utara itu kini menjadi perhatian pelbagai masyarakat dan sering diundang untuk membuat persembahan pada majlis kenduri kahwin , dijemput pihak sekolah dan juga keraian yang diadakan di luar Kedah . “ Pemergian Ahmad pasti memberi kesan kerana dia adalah tonggak kepada kumpulan ini termasuklah empat lagi yang terkorban di dalam nahas itu , “ katanya .


Artikel-artikel di atas bertarikh 22 Mac 2011



Untuk Membaca Kisah-Kisah Seram yang lain (klik sini)



Ragut ratusan nyawa pengguna jalan
Pelbagai kisah sering diceritakan penduduk kawasan Pendang terutamanya mereka yang daripada beberapa kampung berhampiran sepanjang laluan Titi Haji Idris yang dikatakan mempunyai perkara misteri di situ . Sinar Harian cuba membongkar cerita mengenai jalan itu yang dikatakan mempunyai kejadian pelik sehingga meragut banyak nyawa penggunanya termasuk lima guru silat yang maut dalam kemalangan di laluan sama , kelmarin . Selain itu , difahamkan laluan itu sentiasa dilalui pelbagai kenderaan dan menjadi jalan utama pengguna sejak ia diturap untuk ke Langgar , Pokok Sena dan Pendang . Seorang mangsa kemalangan , Ahmad Jaafar , 47 , dari Perumahan Keda Tanjung Setol turut berkongsi pengalaman di sebalik kejadian kemalangan yang berlaku pada dirinya ketika memandu lori tanah di laluan itu kira – kira awal Februari 2009 . Menurutnya , kemalangan itu berlaku di jalan yang sama iaitu dari arah Langgar ke Pendang apabila lori yang dipandunya itu terbabas di tepi kawasan sawah sehingga melanggar tiga pokok besar di bahu jalan itu sehingga semua pokok itu patah . “ Kemalangan itu menyebabkan seluruh bahagian hadapan lori saya remuk teruk , namun saya bersyukur kerana saya tidak mengalami apa – apa kecederaan kecuali masalah pada urat saraf bahagian lutut sahaja . “ Kejadian yang berlaku kira – kira jam 10 pagi ketika saya dalam perjalanan dari Tanjung Bendahara Alor Setar menuju ke Tobiar itu tidak dijangka apabila saya memandu dalam kelajuan 60 kilometer sejam sahaja dengan penuh berhati – hati dan berwaspada , namun tiba – tiba stereng lori saya dipulas kuat oleh satu ‘ benda ‘ kea rah kiri jalan sehingga melanggar pokok , “ katanya . Ahmad berkata , dia bergelut dengan ‘ benda itu ‘ dengan mengawal stereng lorinya , namun tidak terdaya memandangkan stereng lorinya ketika itu terlalu berat . “ Selepas kejadian itu , keadaan diri saya tidak bermaya seolah – olah ada ‘ benda halus ‘ yang menumpang pada diri saya apabila seluruh badan terasa berat . “ Pelbagai ubat daripada hospital dan klinik telah saya makan , namun keadaan saya tidak berubah dan menyebabkan saya pergi berubat secara tradisional kepada seorang bomoh . Namun saya dimaklumkan oleh bomoh berkenaan bahawa ada ‘ benda misteri ‘ yang menumpangkan pada diri saya pulang ke rumah , “ katanya . Menurutnya , dia cuba mengikut perubatan yang dilakukan secara tradisional apabila bomoh berkenaan memandikan seluruh badannya dan membawanya melepaskan ‘ benda halus ‘ di jalan terbalit di mana tempat kemalangan berlaku . Sementara itu , pihak bertanggungjawab membuat pemeriksaan terhadap lorinya , namun dimaklumkan keadaan lori itu tidak mengalami sebarang masalah ketika kejadian terbabit . Selain itu , Chik Abdullah , 59 , menceritakan bahawa jalan itu turut meragut nyawa dua kakaknya . “ Kakak sulung saya iaitu Pura Abdullah , 63 , meninggal dunia 10 tahun lalu manakala kakak bongsu saya meninggal pada 2009 di lokasi yang sama dan cara kemalangan yang sama apabila motosikal yang ditunggang mereka dilanggar kereta dari arah belakang . “ Saya tidak menyangka nyawa dua kakak saya berakhir di jalan itu apabila mereka mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala , “ katanya .

Artikel-artikel di atas bertarikh 23 Mac 2011


Jalan Misteri Perlu 'Dipulihkan'
Penduduk di beberapa kampung sekitar Jalan Titi Haji Idris dekat sini menyarankan supaya laluan yang dianggap misteri dan lubuk maut kerana banyak meragut nyawa pengguna jalan raya itu perlu dipulihkan dengan segera bagi mengelak lebih ramai lagi nyawa pengguna jalan itu terkorban .

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Alor Pudak, Yaakob Yunus berkata, hampir setiap hari berlaku kemalangan di jalan itu dan dia yakin beberapa kejadian kemalangan yang meragut nyawa di situ ada berkaitan dengan kejadian misteri yang sering diperkatakan ramai pengguna .

"Saya yakin terdapat benda misteri yang sering mengganggu pengguna jalan raya kerana banyak yang maut di jalan itu adalah disebabkan kenderaan mereka terbabas sendiri dan melanggar pokok di bahu jalan" katanya kepada sinar harian .

Yaakob berkata beliau meminta mana–mana pakar perubatan tradisional yang mahir mengenai kejadian misteri ini tampil bagi memulihkan laluan itu demi menyelamatkan ramai lagi nyawa .

"Kami tidak mempunyai wang untuk menanggung segala perbelanjaan perubatan untuk memulihkan laluan itu namun kami meminta mana–mana bomoh yang sukarela membongkar misteri yang diperkatakan ramai pengguna jalan itu, tampil membantu .

"Saya cadangkan supaya jalan itu dipulihkan dengan segera bagi memastikan sama ada benar atau tidak dakwaan yang diperkatakan ramai penduduk termasuk pemandu van ternampak lembu melintas menyebabkan van yang dipandunya itu terbabas sehingga beberapa guru silat terkorban" katanya .

Menurutnya, sebelum kejadian meragut nyawa enam guru silat baru-baru ini, dia juga banyak mendengar kisah misteri mengenai jalan itu oleh mangsa kemalangan yang tidak maut sehinggakan banyak mangsa yang pergi melepas kembali benda misteri itu di tempat kejadian .

"Cerita misteri yang dihebah oleh orang ramai berkemungkinan benar kerana banyak pengguna yang diganggu adalah ketika mereka melalui jalan itu antara jam 12 tengah malam sehingga awal pagi .

"Mereka yang masih belum 'tersua' sahaja yang masih bercakap besar dan menolak kisah misteri tentang jalan ini. Namun bagi mereka yang pernah alaminya perkara ini dianggap wajar" katanya .

Artikel-artikel di atas bertarikh 24 Mac 2011



Untuk Membaca Kisah-Kisah Seram yang lain (klik sini)



Sponsor Ads










Thanks for your visit. Copyright (C) & Designed by Kedah2U Group

Member Links :
Iklan Biz & IKS | Produk Lelaki (18SX) | Produk Wanita (18SX) | Iklan PERCUMA | Info Jawatan Kosong
Penyakit Kencing Manis | Penyakit Batu Karang | Kisah Seram Benar | Pil Vimax dari Kanada