|
Untuk membaca Kisah Seram Benar yang lain (klik sini)
Laman Koleksi Cerita Seram Hantu, Pocong. Hantu Kubur, Pontianak, Hantu, Angker Batu dll
Kisah Seram Benar :: Hantu Tanpa Kepala di Kulim
Ada dalam kalangan kita menolak kewujudan alam misteri dan mistik.
Tidak kurang yang menyatakan ia hanya tahyul dan tidak seharusnya dipercayai.
Bagi penduduk Terap Daerah Kulim Kedah, penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala beberapa tahun lalu,
meninggalkan kesan kepada mereka apabila jelmaan lembaga tanpa kepala sering ditemui
berdiri di tepi jalan apabila menjelang waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan.
Ada juga penduduk kampung yang pernah melihat lembaga itu pada waktu pagi, terutama yang
bekerja di ladang getah.
Seorang Penoreh Getah, En.Abu Hassan Ismail yang tinggal di Terap sejak 54 tahun lalu berkata,
hanya mereka yang pernah bertemu dengan lembaga itu sahaja akan mempercayai kewujudannya.
Menurutnya, sehingga kini, ramai penduduk sudah melihat sendiri dan ada antara mereka yang
sampai demam kerana terkejut.
"Sekitar tahun 2007 dan 2008, penduduk kawasan ini digemparkan dengan penemuan mayat tiga
beradik tanpa kepala di dalam kawasan ladang getah. Mereka dipercayai dibunuh di tempat lain
dan mayat mereka dibuang disini"
"Selepas kejadian itu berlaku, ada penduduk kampung, terutama penoreh getah yang keluar bekerja
seawal jam 4 pagi, ternampak lembaga tanpa kepala berdiri di tepi pagar kawasan ladang atau di
tepi jalan.
Sejak itu laluan dari Terap ke Sungai Tengas dikatakan berpuaka" kata En.Abu Hassan
Sementara itu, seorang penggemar burung yang sering masuk ke kawasan hutan berdekatan berkata,
dia turut menemui lembaga itu kira-kira jam 12 tengah hari. Ketika sedang leka mengunggu, dengan
tiba-tiba burung yang dijadikan umpan bertukar menjadi liar.
Sedang dalam kehairanan itu, dia merasa seram sejuk dan seakan ada orang sedang memerhati.
Apabila dia menoleh ke belakang, lembaga tidak berkepala itu telah ada di belakangnya.
Selain itu, kawasan misteri berkenaan juga sering berlaku kemalangan. Penunggang motosikal,
pemandu kereta, bahkan pemandu lori treler juga dilaporkan sering terbabas kerana cuba mengelak
daripada lembaga tidak berkepala yang sedang melintas jalan.
Anggota-anggota polis dari Pondok Polis Terap yang sering membuat rondaan juga menyatakan yang
kawasan berkenaan amat menyeramkan terutama apabila tiba di puncak bukit.
( Shaiful Azhar Ahmad Ali, 16 Mac 2011)
Koleksi Kisah Seram Hantu, Pontianak, Gambar-Gambar Hantu, Angker Batu dll
Untuk Membaca Kisah-Kisah Seram yang lain (klik sini)
Kisah Seram Benar, Kisah Benar Seram, Cerita Seram Benar, Cerita Benar Seram, Kisah Angker, Angker Batu,
Cerita Hantu Seram, Kisah Hantu Puntianak / Pontianak / Kuntilanak, Pocong / Hantu Bungkus, Toyol / Jenglot, Ceplos,
Hantu Kubur, Hantu Raya, Pelesit, Hantu Tinggi / Hantu Galah, Saka, Orang Minyak, Hantu Kum Kum, Hantu Pokok Pisang,
Hantu Jepun / Askar Jepun, Langsuir / Langsiaq, Hantu Pari / Bunian, Zombie / Mayat Hidup / Zombi, Sundel Bolong,
Suster Ngesot, Setan Budeq, Penanggal / Tengelong etc
Sponsor Ads
|
|
|