Untuk membaca Kisah Seram Benar yang lain (klik sini)
Laman Koleksi Cerita Seram Hantu, Pocong. Hantu Kubur, Pontianak, Hantu, Angker Batu dll
Kisah Seram Benar :: Lorong Puaka di Taman Selasih, Kulim
Taman Selasih, Daerah Kulim, Kedah darul Aman - Tiada siapa yang menyangka bahawa kebanyakan
kawasan taman perumahan di sini adalah merupakan hutan 'tempat jin bertendang' dan menjadi tempat
persembunyian komunis.
Bagi penduduk asal di sini yang berusia 60 hingga 70 tahun, mereka tidak menafikan bahawa
sekitar tahun 40-an, banyak 'benda' telah ditanam di tengah hutan bagi tujuan perubatan dan
menghalau makhluk halus yang merasuk.
Jalan pintas yang menghubungkan Taman Saga ke Taman Rhu adalah laluan yaang masih digunakan
sehingga kini. Beberapa orang saksi telah mendakwa yang mereka pernah ternampak lembaga putih
sedang terbang atau bertenggek di atas dahan pokok di sepanjang jalan tersebut.
En.Hirmin Osman
|
Salah seorang di antara mereka adalah En.Hirmin Osman, seorang ahli Skuad Rondaan Sukarela
(SRS) Taman Selasih. Beliau tersua dengan lembaga putih itu sekitar jam 3.30 pagi semasa membuat rondaan pencegahan
jenayah dan lembaga itu dilihat sedang terbang seiringan dengannya dalam anggaran jarak lapan meter sahaja.
Kata En.Hirmin, "Ketika itu, saya hanya mendiamkan diri dan terus menunggang motosikal sehingga
tiba di Taman Rhu dan seterusnya menggunakan jalan lain untuk ke Taman Selasih. Apabila tiba
di rumah, badan saya terasa panas seperti hendak demam. Saya memang nampak lembaga putih itu
terbang dengan jelas"
|
Seorang lagi saksi yang ditemuramah adalah Mr.Ravindran Rao, seorang pekerja industri. Semasa
beliau pulang lewat daripada tempat kerja, beliau terasa motosikal yang ditunggangnya agak berat,
tetapi beliau terus menunggang tanpa sebarang prasangka buruk. Baginya, mungkin motosikalnya yang bermasalah.
Kemudian, dengan tiba-tiba motosikalnya terasa kembali ringan seperti biasa disertai dengan deruan angin dibelakangnya
seperti sesuatu bergerak dengan pantas dari tempat duduk belakang. Beliau ternampak kelibat sesuatu sedang terbang
ke atas dan terus mendongak.
Setelah diperhatikan dengan teliti, kelihatan satu lembaga putih di atas dahan pokok. Beliau tidak dapat mengawal
motosikalnya lalu terjatuh bersama motosikalnya kerana ketakutan.
Terang beliau, "Keanehan yang sering diperkatakan oleh penduduk setempat tentang lorong puaka
itu memang benar-benar berlaku dan saya sendiri telah mengalaminya. Pada hari kejadian,
saya balik lewat kerana bekerja lebih masa. Jika menggunakan jalan biasa, saya akan lebih
lewat lagi tiba di rumah. Oleh itu, saya menggunakan lorong puaka tersebut sebagai jalan
pintas"
"Selepas kemalangan itu, saya tidak sedarkan diri dan selepas itu baru saya bertanya kepada
keluarga. Mereka menyatakan yang saya berkelakuan aneh seperti ketawa seorang diri dan makan
dengan gelojoh. Mereka kemudiannya mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan tradisional
India untuk memulihkan saya"
Artikel ini bertarikh 19 November 2010
Koleksi Kisah Seram Hantu, Pontianak, Gambar-Gambar Hantu, Angker Batu dll
Untuk Membaca Kisah-Kisah Seram yang lain (klik sini)
Kisah Seram Benar, Kisah Benar Seram, Cerita Seram Benar, Cerita Benar Seram, Kisah Angker, Angker Batu,
Cerita Hantu Seram, Kisah Hantu Puntianak / Pontianak / Kuntilanak, Pocong / Hantu Bungkus, Toyol / Jenglot, Ceplos,
Hantu Kubur, Hantu Raya, Pelesit, Hantu Tinggi / Hantu Galah, Saka, Orang Minyak, Hantu Kum Kum, Hantu Pokok Pisang,
Hantu Jepun / Askar Jepun, Langsuir / Langsiaq, Hantu Pari / Bunian, Zombie / Mayat Hidup / Zombi, Sundel Bolong,
Suster Ngesot, Setan Budeq, Penanggal / Tengelong etc
Sponsor Ads
|
|