Bismillahir Rahmanir Rahim
Iklan Biz & IKS | Produk Lelaki (18SX) | Produk Wanita (18SX) | Jawatan Kosong
Bismillahir Rahmanir Rahim - Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kisah Seram Hantu, Koleksi Gambar-Gambar Hantu Pontianak, Langsuir, Hantu Raya, Hantu Air, Hantu Tinggi, Pocong, Hantu Kubur, Toyol, Saka Belaan, Angker Batu

Untuk membaca Kisah Seram Benar yang lain (klik sini)
Laman Koleksi Cerita Seram Hantu, Pocong. Hantu Kubur, Pontianak, Hantu, Angker Batu dll

Koleksi Pengalaman En.Muhammad

Sebelum ini pihak kami menerangkan serba sedikit tentang En.Muhammad.
Tetapi, baru-baru ini (Disember 2011) En.Muhammad arahkan ia dipinda.
Katanya "tiada apa-apa yang istimewa tentang saya"

Walaubagaimanapun, di sini pihak kami ingin berkongsi beberapa kes
(perkataan yang selalu digunakan oleh En.Muhammad sendiri) yang pernah ditangani oleh beliau dan diharap dapat memberi sedikit pengajaran dan manfaat bersama :


Empat Bulan Tidak Dapat Makan (klik sini)
Rumah Sewa Berhantu (klik sini)
Kunjungan Tetamu Misteri (klik sini)







4 Bulan Tidak Dapat Makan, 1 Bulan Tidak Dapat Minum
( dikarang sendiri oleh En.Muhammad )

 4 bulan tidak dapat menjamah makanan
Ini adalah keadaan mangsa ketika kali pertama En.Muhammad melawatnya.
Air dalam botol-botol itu adalah daripada pelbagai pihak yang merawatnya sebelum ini
maaf, tangan & rambut ditutup bg mjaga aurat & mata ditutup utk mgelakkan fitnah


Jun 2010 - Ini adalah kes saya yang sukar dilupakan kerana memberi ia memberi impak
yang kuat di sepanjang penglibatan saya dalam kancah paranormal.

Di atas adalah ibu kepada salah seorang sahabat saya yang asalnya mempunyai
tubuh yang agak gempal. Namun keadaan berubah pada Mac 2010 apabila ibunya mengidap penyakit misteri yang menyebabkannya tidak dapat menelan makanan dan akan termuntah kembali semua yang disuap apabila digagahi juga.

Sahabat saya membawa ibunya ke klinik swasta dan seterusnya ke Hospital Sultanah
Bahiyah untuk pemeriksaan lanjut. Namun, setelah diperiksa oleh beberapa doktor
dan doktor pakar, penyakit ibunya masih tidak dapat dikesan.

Tidak mahu hanya berputus asa dan menyerah kepada takdir, sahabat saya membawa
ibunya ke Putra Medical Centre (PMC) untuk diperiksa oleh doktor-doktor pakar di sana.
Tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan, termasuk menjalani ujian Magnetic Resonance
Imaging (MRI) Machine, malangnya masih gagal mengesan punca penyakit misteri itu.

 Magnetic Resonance Imaging (MRI) Machine
Magnetic Resonance Imaging (MRI) Machine

Dari segi perubatan moden, ibu sahabat saya disahkan tiada sebarang penyakit dan doktor-doktor pakar sendiri menyarankan agar sahabat saya membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan alternatif atau tradisional sebagai ikhtiar seterusnya

Mereka juga belum pernah menangani kes yang sebegitu dan amat hairan bagaimana ibunya masih boleh terus hidup walaupun berminggu-minggu tidak makan. Tegas pakar-pakar di PMC, biasanya manusia hanya bertahan selama 7 hari tanpa makan.

Setelah gagal mendapat jawapan melalui kaedah sains, sahabat saya dan ahli keluarganya yang lain mula berikhtiar secara tradisional dan alternatif pula. Sebut sahaja di mana ada bomoh atau pakar perubatan Islam yang terkenal, mereka akan mencubanya.

Namun usaha mereka bagaikan sia-sia malah keadaan ibu sahabat saya, semakin uzur.
Malah ramai di antara bomoh dan pengamal perubatan Islam yang ditimpa musibah atau
sakit secara tiba-tiba apabila cuba merawat penyakit ibunya. Mereka semakin buntu,
kerana hampir 4 bulan berlalu, masih belum menampakkan kesan yang positif

Kebetulan pada satu malam, saya menelefon sahabat saya itu kerana telah lama tidak berhubung dengannya. Pada masa itu, barulah saya mendapat tahu perihal ibunya yang sedang sakit itu. Saya pun bertanya, kenapa perkara ini tidak dimaklumkan kepada saya lebih awal untuk saya cuba ikhtiarkan ? Jawabnya, dia agak keberatan kerana bimbang saya akan menerima nasib yang sama seperti bomoh dan pengamal perubatan yang lain.

Saya menegaskan yang dia adalah sahabat saya dan ibunya juga adalah seperti ibu saya. Adakah saya akan membiarkan saja ibu saya menderita hanya kerana takut ?

Keesokannya, saya membatalkan semua urusan dan temujanji, untuk melawat ibunya. Saya cuba sedaya upaya mengawal perasaan, apabila melihat keadaan ibunya. Apatah lagi apabila saya membayangkan bagaimana jika ibu saya sendiri dalam keadaan itu

Pada masa itu, ibunya telah 4 bulan tidak makan dan lebih teruk lagi apabila sudah 1 bulan tidak dapat minum pula. Menurut sains, manusia akan mati jika hanya 3 hari tidak minum Saya bertekad untuk mengendalikan kes ini dan terus mendirikan Solat Hajat

Kemudian, saya sediakan sedikit Air Penawar untuk kegunaan sementara dan meminta sahabat saya atau ahli keluarganya yang lain, memberi minum dan disapukan ke muka serta badan ibunya. Saya akan mendirikan Solat Hajat lagi dan menyediakan Air Penawar yang lebih 'sempurna' lagi selepas ini dengan izin Allah.

Pelbagai andaian yang diberikan oleh bomoh dan pengamal perubatan Islam sebelum ini. Tetapi ramai yang mengatakan ibunya terkena buatan orang. Sahabat saya bertanya, apa pandangan saya ? Saya cuma boleh menjawab, kita cuba minta pada Allah untuk sembuhkan ibunya, yang lainnya, terserah kepada Allah untuk menentukannya.

Saya juga mengingatkan yang kita tidak boleh menuduh orang sebarangan tanpa bukti yang kukuh. Jika benar ianya buatan orang, InsyaAllah, mereka akan menerima padahnya nanti. Yang penting kita perlu ikhtiarkan tentang keadaan ibunya terlebih dahulu

Saya juga memaklumkan terlebih dahulu kepada mereka, berdasarkan pengalaman saya, keadaan ibunya adalah disebabkan ada jin yang 'menghuni' dalam tubuh ibunya. Jin itu sengaja menyekat ibunya daripada makan dan minum tetapi mengekalkan hayat ibunya supaya tidak mati. Jika benar ini buatan orang, mungkin mereka mahu mangsa menderita

Keadaan ini hampir serupa dengan orang yang memiliki saka. Contohnya mereka yang membela hantu raya. Tetapi keadaan mereka adalah berlainan kerana mereka sebenarnya sudah mati. Hanya saka berkenaan yang 'menghuni' mayat tuannya sehingga ada waris baru yang sanggup menerimanya. Keadaan tubuh tuannya adalah seperti mayat, akan bengkak, berbau dan berulat. Tetapi masih bergerak dan makan di waktu malam

Oleh itu, mereka perlu bersedia menerima hakikat bahawa kemungkinan besar ibunya akan meninggal jika jin tersebut dapat diusir dengan izin Allah. Ini kerana, keajaiban ibunya yang masih hidup tanpa makan dan minum itu, mungkin dibantu oleh kuasa sihir dari Jin itu Tetapi organ-organ dalam ibunya mungkin telah rosak teruk akibat ketiadaan zat makanan dan lebih teruk lagi apabila tidak mendapat sumber air yang mencukupi

Sahabat saya dan keluarganya faham dan bersedia meredhakan pemergian ibunya asalkan penyakit misteri itu dapat disembuhkan. Mereka juga mengakui, memang berat untuk kehilangannya, tetapi lebih tidak sanggup membiarkan ibunya terus menderita begitu

Walaubagaimanapun, saya menegaskan bahawa akan berikhtiar sedaya-upaya dalam memohon kepada Allah supaya ibunya kembali sihat seperti biasa. Saya meminta mereka juga agar turut sama mendirikan Solat Hajat dan berdoa, lebih-lebih lagi ayah kepada sahabat saya kerana itu adalah isterinya dan dia lebih afdal mendoakannya.

Apabila pulang ke rumah, saya mendirikan Solat Hajat selama beberapa hari dan menyediakan Air Penawar yang lebih 'sempurna'. Saya juga merayu bersungguh-sungguh kepada Allah semoga dapat melihat ibu sahabat saya itu kembali sihat

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa-doa kami dan ibu sahabat saya semakin sihat dan boleh meminum sedikit air. Saya amat gembira menerima berita itu dan mengingatkan mereka agar terus berdoa sehingga dia benar-benar sembuh dan kembali sihat seperti sebelumnya

Namun, setelah pulih beberapa hari, akhirnya ibu sahabat saya meninggal juga di Putra Medical Centre (PMC) dan sekali lagi doktor-doktor pakar disitu kehairanan kerana semasa pemeriksaan sebelum ini, organ-organ dalamannya masih elok. Tetapi imbasan terakhir telah menunjukkan yang kebanyakkan organ-organ penting telah rosak teruk

Saya terkedu menerima berita itu. Walaupun sahabat saya dan ahli keluarganya yang lain tidak menyalahkan saya, tetapi saya merasa agak terkilan kerana inilah kes pertama yang berakhir dengan kematian walaupun ibunya telah sembuh daripada penyakit misteri itu

Selepas balik daripada pengkebumian, perasaan saya terlalu muram sambil memikirkan, apakah kesilapan saya kali ini ? Saya sedia maklum bahawa ini adalah ketentuan Allah, tetapi atas sebab yang tidak boleh dijelaskan, saya terus mencari kesilapan saya

Setelah beberapa hari, barulah saya mendapat ilham. ( amaran ! ini adalah 'Ijtihad' saya
sendiri dan tidak boleh digunapakai oleh orang lain kerana ia akan melibatkan akidah )


Semasa saya memohon untuk melihat ibunya kembali sihat, saya tidak nyatakan 'di mana'. Jika Allah putuskan tentukan tempatnya di Akhirat, ia masih tidak menyalahi permohonan tersebut. Saya bertambah kagum dengan kebijaksanaan Allah dan akur dengan kebodohan saya sendiri. Walaupun Allah telah tentukan Qada dan Qadar, tetapi dalam masa yang sama, Allah tetap akan menjaga hati hamba-hamba yang amat berharap kepadaNya
( amaran ! tidak boleh digunapakai oleh orang lain kerana ia akan melibatkan akidah )

Apa yang ingin saya tegaskan adalah, kita mesti berhati-hati dalam memohon doa. Seperti kisah dua orang yang ditangkap dan akan dikenakan hukum bunuh. Pada malam sebelum hari perbicaraan : Si Jahat, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan memohon agar terlepas daripada hukuman. Manakala Si Baik begitu yakin dengan dirinya dan hanya sekadar berdoa agar Allah memberikan keputusan yang adil untuknya.

Keputusannya : Si Jahat dilepaskan kerana terdapat keraguan di atas tuduhan ke atasnya. Ini bermakna Allah menerima taubatnya dan memberi peluang kepadanya untuk kembali ke jalan yang benar dan menebus kesilapannya dengan melakukan perkara-perkara yang baik

Manakala Si Baik pula dijatuhi hukuman bunuh kerana pengadilan tidak memihak kepadanya walaupun hakikatnya dia tidak bersalah. Tetapi, sebenarnya Si Baik ini pernah membunuh seekor nyamuk sebelum itu dan apabila dia berdoa agar diadili seadil-adilnya, maka dia juga layak dikenakan hukuman bunuh. Di sini Allah ingin mengigatkan kepada kita, jangan sesekali berasa diri cukup sempurna dan jangan sesekali merasa selamat hingga tidak berdoa untuk memohon perlindungan daripada Allah, dalam apa jua keadaan


Berbalik kepada kisah ibu kepada sahabat saya, saya ingin mengajak agar kita sentiasa memohon perlindungan Allah setiap masa daripada sebarang bahaya samada zahir atau batin. Kita boleh amalkan membaca Ayat Qursi samada dalam atau selepas setiap Solat fardhu. Dengan izin Allah, kita akan terpelihara daripada sebarang bahaya di antara waktu-waktu Solat Fardhu yang kita lakukan 5 kali sehari semalam.

Dan tidak perlu saya jelaskan panjang lebar tentang kewajipan menunaikan Solat 5 Waktu dengan sempurna dan menjauhi dosa atau maksiat yang boleh menyebabkan doa kita tidak diterima bahkan akan mengundang musibah ke atas diri kita samada di dunia atau Akhirat


Al Fatihah

Sudilah tuan/puan sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk roh ibu sahabat saya
Sudilah tuan/puan sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah

Koleksi Kisah Seram Hantu, Pontianak, Gambar-Gambar Hantu, Angker Batu dll

Untuk Membaca Kisah-Kisah Seram yang lain (klik sini)






Rumah Sewa Berhantu di Kuala Kedah
( dikarang sendiri oleh En.Muhammad )

Rumah Sewa ini berhantu
rumah ini telah lama berhantu

Julai 2008 - Kes ini terpaksa saya terima kerana telah melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat saya ketika itu dan juga merupakan seorang kawan. Itupun setelah beberapa kali perkara ini diadukan olehnya dan telah mencapai tahap kritikal kerana semakin mengancam keselamatan ahli keluarganya.

Kira-kira sebulan sebelumnya, dia pernah mengadu kepada saya bahawa rumah yang disewanya menimbulkan pelbagai masalah pelik terutamanya di bilik tidur utamanya.

Apabila tiba waktu tengah malam, pelbagai bunyi yang didengari dengan jelas seperti pintu bilik dicakar dengan kuat, bunyi orang berjalan di dalam rumah dan lain-lain. Peralatan dalam rumah juga sering beralih tempat tanpa diusik oleh sesiapa.

Dia tinggal bertiga di rumah itu iaitu bersama isteri dan seorang anak perempuannya (berumur 4-5 tahun rasanya kot. Dah lupa sbb hanya berjumpa mereka sekali sahaja) Mereka juga menjadi mangsa gangguan misteri di rumah tersebut.

Seringkali dia terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di rumah mertua yang tinggal di kawasan berhampiran apabila giliran bertugas syif malam kerana bimbangkan keselamatan anak isterinya

Saya meminta dia bertanya kepada jiran-jiran di taman itu tentang rumah yang baru disewanya samada mereka tahu sesuatu. Setelah ditanya kepada beberapa penghuni taman perumahan tersebut yang lebih lama menetap disitu, terbongkar cerita bahawa rumah tersebut lama 'berpenghuni' dan memang telah jadi kebiasaan bahawa mereka yang menyewanya tidak akan tinggal lama di situ.

Para penyewa sebelum ini juga menghadapi masalah yang hampir sama dan ada yang hanya bertahan selama satu malam sahaja. Pelbagai kejadian aneh yang juga dialami oleh keluarga penyewa-penyewa sebelum ini dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasinya, namun sia-sia sahaja.

Penduduk setempat juga menceritakan yang sepohon pokok di sebelah rumah itu, sering dijadikan tempat pemujaan 'sesuatu' sebelum taman itu dibina. Tidak pasti apa yang dipuja oleh pengamal-pengamal khurafat itu, kerana senario tersebut telah lama berlaku dan penduduk-penduduk ada zaman itu telah ramai yang tiada. Lagipun, belukar itu jauh pada penempatan manusia sebelum taman itu dibina.

pokok dijadikan tempat pemujaan hantu sering lepak kat sini
pokok yang dijadikan tempat pemujaan dan sering dilihat sesuatu atas dahannya

Telah ramai pengamal perubatan dan bomoh yang dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu, namun masih belum berjaya. Mereka juga sering terlihat seakan satu lembaga sering bertenggek pada dahan pokok itu (rumah yang disewa itu adalah lot tepi 'corner lot' dan jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari pokok tersebut)

Saya bertanya, adakah pemilik rumah yang menyewakan rumah tersebut menyatakan apa-apa sebelum menerima wang pendahuluan dan membenarkan mereka memasukinya. Dia menyatakan yang tiada apa yang dimaklumkan malah pemilik rumah itu bersikap 'lepas tangan' dan hanya menyuruhnya mencari bomoh sahaja.

Saya juga menyarankan agar dia dengan mana-mana bomoh atau pengamal perubatan yang handal dan terkenal selain mengadakan majlis tahlil serta bacaan Yasin beberapa kali walaupun telah dilakukannya sebelum memasuki rumah tersebut.

Setelah hampir sebulan berikhtiar, masih belum berhasil. Malah gangguan yang dihadapi semakin 'keras'. 'Penghuni' rumah itu seolah-olah ingin menghalau mereka keluar dengan segera daripada rumah itu. Kali ini, bukan setakat isteri dan anaknya sahaja yang diganggu, Ibu Mertuanya yang menemankan keluarganya juga turut diganggu.

Malah Ibu Mertuanya mengalami gangguan yang paling dahsyat berbanding dia, isteri dan anaknya. Selain daripada gangguan-gangguan yang pernah mereka alamai, leher Ibu Mertuanya dicekik oleh 'penghuni' itu sehingga sesak nafasnya dan setelah Ibu Mertuanya membaca Ayat Qursi (dalam hatinya kerana mulutnya tidak dapat bersuara), barulah 'penghuni' itu melepaskannya.

Pada satu pagi, dia sengaja meninggalkan Pondok Pengawal lebih lewat kerana ingin menunggu saya. Dia mengadu masalahnya semula kepada saya dan meminta kalau-kalau saya dapat membantu. Dia juga menceritakan kejadian terbaru yang menimpa Ibu Mertuanya semalam.

Setelah memintanya menunggu sebentar, saya bergegas ke pejabat dan mendapatkan sekeping kertas dan pen. Kebetulan, saya masih ada wuduk ketika itu dan terus menulis 'BismillahirRahmanirRahim' (dalam tulisan jawi) pada tiga keping kertas kecil dan berikan padanya.

Dua daripada kertas itu saya minta dia lekatkan di atas pintu hadapan dan pintu belakang rumahnya. Manakala kertas yang terakhir saya minta dia letakkan di atas pintu bilik tidur utamanya kerana menurut ceritanya, kebanyakan gangguan berlaku di bilik itu.

Saya menegaskan kepadanya beberapa kali supaya dia sentiasa beringat bahawa kertas dan tulisan itu tidak mempunyai apa-apa 'kuasa', tetapi ianya hanya sebagai 'syarat' untuk memohon pertolongan daripada Allah. Hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Keesokkan paginya, dia menunggu saya lagi. Tapi kali ini wajahnya kelihatan berseri-seri, tidak mencuka seperti kelmarin. Pagi ini dia membawa berita gembira, yang 'penghuni' di rumah sewanya tidak mengganggu pada malam semalam.

Saya mengucapkan Alhamdulillah dan mengingatkannya supaya banyak bersyukur kepada Allah kerana segala kebaikan adalah di atas kehendak Allah semata-mata. Dia bertanya berapakah bayaran yang perlu diberikan kepada saya di atas pertolongan saya itu. Saya tertawa dan bertanya kembali, adakah saya pernah menyebut tentang bayaran sebelum ini ?

Namun, dia tetap berkeras untuk memberi bayaran sebagai tanda terima kasihnya kepada saya. Saya memberi kata putus, jika hendak membayar juga, sedekahkanlah kepada mana-mana masjid. InsyaAllah, semoga dia dan saya akan mendapat kebaikan bersama-sama.

Dan saya juga menyatakan supaya dia tidak terlalu gembira dan perlu berhati-hati kerana dikhuatiri perkara ini belum tentu sudah selesai sepenuhnya.

Berdasarkan pengalaman saya, Jin dan Syaitan memang licik, apabila mereka rasa terancam, mereka mungkin akan berpura-pura telah beredar atau berhenti daripada mengancam mangsa untuk mengelak daripada terpaksa 'berhadapan' dengan orang yang tertentu. Bukanlah kerana orang itu hebat, tetapi mungkin kerana orang-orang yang mereka takuti itu lebih dekat dengan Allah. Oleh itu doa mereka akan mudah dikabulkan oleh Allah dan ini menjadi ancaman besar kepada mereka.

Tapi itu orang lain, macam saya ini, tidaklah sebaik manapun. Kebetulan saja Allah memang hendakkan perkara itu berlaku, mungkin bukan disebabkan doa saya. Dan saya memang tidak layak untuk digelarkan orang yang mustajab doa, jauh sekali sebagai seorang yang warak.

Setelah hampir sebulan 'penghuni' itu tidak mengganggu, dia berjumpa saya lagi untuk mendapatkan kepastian, adakah 'penghuni' itu benar-benar telah beredar daripada rumah itu ? Saya pun tidak dapat memberikan jawapannya, cuma saya sekadar boleh mencuba. Saya memintanya menunggu dan kemudian mengambil wuduk. Sesudah itu, saya menulis Ayat Qursi pada sekeping kertas dan meminta dia melekatkannya dimana-mana dinding dalam rumahnya.

Keesokan adalah hari cuti (Jumaat), oleh itu saya tidak tahu perkembangan yang berlaku. Tetapi pada pagi Sabtu (cuti Sabtu pertama dalam sebulan pada waktu itu), saya singgah di pejabat untuk mengambil barang, saya kehairanan kerana melihat anak dan isterinya turut berada di Pondok Pengawal juga. Saya fikir, mungkin mereka ingin balik kampung atau ke mana-mana agaknya.

Setelah dia menceritakan keadaan yang sebenar, barulah saya tahu yang anak dan isterinya juga turut bermalam di Pondok Pengawal bersamanya kerana takut untuk tinggal di rumah. Rupanya, selepas dia melekatkan Ayat Qursi yang saya berikan, 'penghuni' itu kembali menggangu dengan lebih 'keras' lagi. Ini memaksa dia membawa keluarganya bermalam bersamanya dan telah dua malam anak isterinya tidur di Pondok Pengawal itu.

Itulah kali pertama saya melihat anak dan isterinya. Apabila terlihat anak perempuannya yang baru berumur tiga tahun pada waktu itu, hati saya mula tersentuh. Saya mula terfikir bagaimana keadannya jika 'penghuni' itu sering manggangu budak kecil ini atau selalu menampakkan rupa yang menakutkan pada budak itu ?

Kebetulan saya ada kelapangan pada waktu itu dan tanpa melengahkan masa, saya mengajak mereka menunjukkan rumah yang mereka sewa itu kepada saya. Mereka bertiga pulang dengan motosikal Honda EX5 dan saya mengikuti mereka dengan motosikal saya. Rakan saya itu mungkin belum mampu untuk memiliki sebuah kereta kerana pendapatannya yang tidak seberapa.

Timbul lagi rasa kasihan terhadap mereka, sudahlah susah, dianiayai oleh tuan rumah itu pula. Hendak mencari rumah baru dan berpindah pun bukannya mudah. Deposit sewa, deposit bekalan letrik dan air juga perlu diambil kira.

Setibanya saya di rumah itu, saya mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan Ayat Qursi sebelum turun daripada motosikal. Kemudian saya melihat-lihat disekeliling rumah tersebut serta bahagian belukar di tepinya. Saya tidak merasakan sebarang perasaan luar biasa seperti seram sejuk atau bulu roma yang meremang. Mungkin 'penghuni' itu telah beredar lebih awal apabila 'mencium' kehadiran saya.

Saya meminta izin kepada rakan saya untuk mendirikan solat dan meminta satu jag air bersih. Setelah sejadah, tempat solat dan air disediakan, saya mendirikan dua rakaat Solat Sunat Hajat dan membacakan Surah Fatihah dan Ayat Qursi dengan kiraan tertentu pada air tersebut. Setelah itu, saya memohon doa agar Allah kasihankan keluarga ini dan sudi membantu mereka.

Air itu saya berikan kepada mereka untuk minum dan mandi setelah saya ambil segelas daripadanya. Segelas air itu saya renjiskan keliling rumah itu sambil membaca Surah Fatihah dan Ayat Qursi serta berdoa agar Allah memberikan perlindungan kepada mereka.

Alhamdulillah, selepas itu, mereka tidak lagi diganggu oleh 'penghuni' rumah itu lagi .... Segala-galanya adalah dengan kehendak Allah, Dia Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.






Tetamu Misteri d Hari x Raya
( diambil drp facebook peribadi En.Muhammad )

Awas dengan siapa yang bertandang ke rumah anda


Suatu hr, ada seorang tua muncul d hadapan rumah salah seorang jiran rumah mak sy. Dia berdiri d hadapan rumah mrk sambil mbaca surah Al Quran (hafalan) d dpn pintu pagar. mrk yg pd mulanya berada d luar drp pintu rumah, cepat2 masuk k dlm rumah serta mnutup pintu rumah tanpa mgindahkn org tua yg berada d dpn pintu pagar rumah mrk…

Org tua itu, kmudiannya.. bjalan k rumah2 jiran yg lain, ttp tiada pnghuni dan akhirnya mnuju k rumah kami. Apabila tiba d rumah kami, beliau bdiri d hdpn pintu pagar dgn mbaca (hafalan) Surah …

setelah mlihat beliau, ibu & ayah mjemput beliau masuk. Setelah masuk, beliau memohon - “boleh x, tok wan nak mintak ayaq sejuk skt, dahaga sgt2 ni” mak sy pun semawa nk bancuh kopi, beliau mnolak “x pyh la susah2, ayaq sejuk jd la.. “ mak sy diam2 bancuh kopi jgk & ada skt roti 4 sagi, dihidangkn bersama kpd beliau …

Org tua itu mmg klihatan berumur & agak uzur. tp mak sy lihat, dia seorang yg bersih. wlupun hanya memakai kain pelikat, baju kurung & bserban, tp beliau nampak kemas & bersih. mak sy kata, mmg nampak spt org yg rajin solat - bersih muka, telinga, tgn & kuku2nya jg sgt bersih ...

mak & ayah sy b’ia2 mpelawa beliau utk mkn nasi d rumah, namun beliau bsungguh2 mnolak shingga mak & ayah sy tpaksa mngalah (padahal waktu 2, mak & ayah pun mmg agak susah & jika hendak mjamu beliau, mmg agak terasa kberatannya krn waktu 2 lauk xdak, hanya ada baki2 beras utk dbuat moi sj) …

x semena2, beliau bkata “ish, takdak2 pn (mknn), semawa org mkn jgk. Tkasih byk la no …” mak & ayah sy pn khairann dlm hati, bgmna beliau tahu yg d rumah kami tiada mknn ?

Pd masa 2 lah beliau mceritakn ttg layann yg dterima drp jiran kami td. Mak & ayah sy terasa sedih hingga hampir mnitiskn air mata bila mdengar cerita beliau

Beliau btanya “ada lg ka rumah lepas lrg ni ?” mak sy mjawap “ada, tp takut x larat nak jalan kot, byk lrg lg. ni baru lrg 3, semua ada 12 lrg” … beliau tdiam, seolah2 akur dgn k’uzuran beliau x mgizinkn …

Setelah selesai mkn, beliau pun memohon “ni tok wan mintak halal na makan & minum ni”, mak sy terus bkata “sy x niat apa2 pun, mmg ikhlas nak jamu ni …” kmudian beliau bkata “btuah la rumah ni no, dgn isi2 dia skali” setelah mminta diri & bg salam, beliau pun keluar mll pintu pagar.

Dlm bbrp saat slepas beliau melepasi pintu pagar, tiba2 tlintas d hati mak sy utk melihat beliau, menuju ke arah mana ? mak sy tkejut setelah mlangkah keluar keluar drp pagar, krn bila dlihat sekeliling bhg jln (yg lapang & x thalang pandangan sejauh mata mmandang) beliau telah tiada. Mngikut logic akal, x mgkn seorang yg bgtu brusia akan berlari pecut 100meter utk hilangkn diri drp pandangan org. jarak utk sampai ke lrg yg tdekat pun +/- 50 meter & x tlindung dr pandangan

x lama slepas pristiwa 2 lah, sy mgajukn niat sy utk bhenti keja & hidup kami mula brubah mjadi > baik

Manakala, jiran kami yg mnutup pintu & x mgindahkn khadiran beliau… telah mjadi porak peranda. Dmulai dgn anaknya sendiri yg mcuri brg2 dlm rumah ibu bapanya sendiri (siap angkut lori plk 2) kmudian pniagaan yg mrk jlnkn selama ini, smkn mrosot shingga kini

Wallahu'aqlam

* pic d atas utk hiasan sj, x kena mngena dgn cerita ^^
* maaf, dkarang scr short form (pgaruh drp fb la ni) :P

* Artikel di atas disalin terus daripada facebook peribadi En.Muhammad.
Oleh itu bahasa yang beliau gunakan belum lagi diubahsuai, Harap Maaf






Sekian, kisah-kisah yang lain akan saya karangkan nanti jika diizinkan Allah
Cuma saya minta agar pengalaman-pengalaman saya ini janganlah diheboh-hebohkan,
cukuplah sekadar menjadi pedoman dan pengajaran untuk kita bersama



Koleksi Kisah Seram Hantu, Pontianak, Gambar-Gambar Hantu, Angker Batu dll

Untuk Membaca Kisah-Kisah Seram yang lain (klik sini)
Koleksi Kisah Seram Hantu, Pontianak, Gambar-Gambar Hantu, Angker Batu dll


Thanks for your visit. Copyright (C) & Designed by Kedah2U Group

Member Links :
Iklan Biz & IKS | Produk Lelaki (18SX) | Produk Wanita (18SX) | Iklan PERCUMA | Info Jawatan Kosong
Penyakit Kencing Manis | Penyakit Batu Karang | Galeri Masked Rider | Pil Vimax dari Kanada