Info Kedah
Jom pi Kedah
Nak Makan Tang Mana ?
Info Umum
Iklan Kedah
Iklan Produk
Iklan Malaysia
Iklan Percuma
Iklan Jawatan Kosong
Online Game
Kisah Seram
FaceBook

Sponsor
Kencing Manis
Batu Karang
Laman Lelaki
Laman Wanita
Masked Rider
T.S P.Ramlee
Ubat Kuat
Vimax Kanada
Kedah Lanie

 


Kedah2U dot Com :: Nak Makan Tang Mana ?
Terbuka untuk premis makanan & minuman di Utara
(Perlis, Kedah, Penang & Perak)

AWAS !!! TELUR AYAM PALSU DI PASARAN


telur palsu (kiri) tiada ruang udara seperti telur ayam biasa

GEORGETOWN : Rupanya seakan telur ayam biasa, tetapi ia sebenarnya adalah telur ayam tiruan yang diperbuat daripada bahan kimia dan boleh memudaratkan kesihatan. Ia dijual secara terbuka di pasaran Pulau Pinang.


bentuk telur palsu (kiri) bulat penuh, tiada lekuk di hujungnya

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam yang sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.


telur palsu (kiri) ada selaput yang memisahkan bhg putih & kuning telur

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat. Manakala bahagian kuning telur dan putih telur pula menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air dan bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.



Untuk kembali ke Makan Tang Mana ? (klik sini)

Thanks for your visit. This website was Copyright © of Kedah2U Group. All Rights Reserved.