TARIKH PEMBAYARAN GAJI / ELAUN KERABAT / PENCEN (ADUN)
KERAJAAN NEGERI SELURUH MALAYSIA TAHUN 2014




  BULAN   HARI   TARIKH
  Januari   Khamis   23 Januari 2014
  Februari   Selasa   25 Februari 2014
  Mac   Selasa   25 Mac 2014
  April   Khamis   24 April 2014
  Mei   Khamis     22 Mei 2014
  Jun   Rabu   25 Jun 2014
  Julai   Selasa   22 Julai 2014
  Ogos   Isnin     25 Ogos 2014
  September     Khamis   25 September 2014  
  Oktober   Khamis   16 Oktober 2014
  November   Selasa   25 November 2014
  Disember   Khamis   18 Disember 2014



Untuk balik ke muka utama jawatan kosong (klik sini)




SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
BILANGAN X TAHUN 2013


Semua Ketua Setiausaha Kementerian,
Semua Ketua Jabatan Persekutuan,
Semua Ketua Akauntan Jabatan Mengakaun Sendiri,
Semua Pengarah Negeri/ Cawangan JANM,

PENGURUSAN PEMBAYARAN EMOLUMEN PEGAWAI AWAM PERSEKUTUAN

1. TUJUAN
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan mengenai tatacara pembayaran emolumen untuk digunapakai oleh pegawai yang menguruskan pembayaran emolumen di Pusat Pembayar Gaji (PPG) dan Pejabat Perakaunan (PP).

2. LATAR BELAKANG
2.1 Arahan Perbendaharaan (AP) 57(ii) menetapkan bahawa Pegawai Pengawal bertanggungjawab menentukan pengawasan yang sepatutnya dijalankan ke atas perbelanjaan di bawah kawalannya berkaitan dengan pengurusan pembayaran emolumen.
2.2 Selaras dengan AP 138(a), Akauntan Negara bertanggungjawab menentukan sistem perakaunan yang sepatutnya diwujudkan, mengadakan pengawasan yang sesuai serta mengeluarkan apa-apa arahan yang perlu dari semasa ke semasa bagi panduan Pegawai Pengawal dalam menguruskan pembayaran emolumen dan perkara yang berkaitan dengannya.
2.3 Surat Pekeliling ini dikeluarkan untuk memperkemaskan peraturan sedia ada, mempertingkatkan kecekapan urusan pembayaran emolumen serta mewujudkan kawalan pengurusan dalam proses pembayaran emolumen.


3. TAKRIFAN

3.1 Borang SG20
Borang SG20 adalah merujuk kepada Borang Perubahan Gaji Kew 320 yang digunakan untuk mewujud, meminda dan membatal data induk gaji dan lain-lain maklumat.

3.2 Daily-rated Cycle
Proses secara Daily-rated cycle dilaksanakan untuk pembayaran kepada pegawai bergaji harian yang telah wujud di dalam pangkalan data Sistem Emolumen Berkomputer .

3.3 Emolumen
Segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada penjawat awam termasuk gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan lain-lain elaun bulanan.
3.4 Gaji Pokok
Matagaji dalam tanggagaji skim saraan yang berkuatkuasa.

3.5 Kew.8
Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai

3.6 Off Cycle
Proses pembayaran gaji khas bagi pembayaran emolumen tertentu.

3.7 Pegawai Perakaunan
Pegawai Perakaunan mempunyai pengertian seperti yang diberi kepadanya dibawah seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] adalah tiap-tiap pegawai awam yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara seperti berikut :
a) Memungut, menerima atau mengakaun, atau yang Sistem Emolumen Berkomputerenarnya memungut, menerima atau mengakaun Wang Awam;
b) Membelanja / membayar atau yang Sistem Emolumen Berkomputerenarnya membelanja / membayar, apa-apa Wang Awam;
c) Menerima, menyimpan, mengeluar, melupus atau mengakaun Aset Awam atau yang Sistem Emolumen Berkomputerenarnya menerima, memegang, mengeluar atau melupus Aset Awam.

3.8 Pejabat Perakaunan
Pejabat Perakaunan merujuk kepada Pejabat Akauntan Negara dan Pejabat Akauntan Jabatan Mengakaun Sendiri bagi Kerajaan Persekutuan manakala bagi Kerajaan Negeri ianya merujuk kepada pejabat Akauntan Negeri / Bendahari Negeri.

3.9 Pegawai Awam Persekutuan
Anggota Perkhidmatan Awam Kerajaan Persekutuan, tidak termasuk anggota tentera dan anggota polis, merangkumi ;
3.9.1 Pegawai tetap, sementara, contract of service dan guru sandaran;
3.9.2 Pegawai contract for service;
3.9.3 Pekerja Sambilan Harian; dan
3.9.4 Pegawai yang dilantik oleh Kerajaan selain daripada yang di atas.

3.10 Potongan Cukai Bulanan (PCB)
Potongan cukai pendapatan dikira secara automatik dalam Sistem Emolumen Berkomputer.

3.11 Pusat Pembayar Gaji
Pusat Tanggungjawab (PTJ) / Pusat Kos (PK) di Kementerian / Jabatan yang bertanggungjawab ke atas urusan pembayaran emolumen.

3.12 Regular Cycle
Proses pembayaran emolumen bulanan melalui Sistem Emolumen Berkomputer berdasarkan tarikh pembayaran gaji yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

3.13 Separate Cycle
Proses pembayaran gaji bulanan hanya bagi kes lantikan baru dan bertukar masuk yang tidak sempat diproses semasa regular cycle.

3.14 Sistem ePenyata Gaji dan Laporan
Sistem bagi penjanaan Penyata Gaji Bulanan, Penyata Pendapatan Tahunan dan Laporan Gaji Bulanan Pejabat Perakaunan yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

3.15 Sistem Emolumen Berkomputer
Sistem Emolumen Berkomputer adalah satu sistem bagi memproses bayaran emolumen dan potongan gaji berkomputer. Sistem ini akan memproses pembayaran emolumen ke akaun bank dan agensi potongan.

3.16 Tarikh Pembayaran Emolumen
Tarikh emolumen dimasukkan ke akaun bank penjawat awam seperti jadual yang ditetapkan oleh JANM.


4. KAEDAH PEMBAYARAN EMOLUMEN
Pembayaran emolumen boleh dibuat melalui Sistem Emolumen Berkomputer dan Baucar Bayaran.

4.1 Pembayaran emolumen dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan pada dasarnya dilaksanakan dalam Sistem Emolumen Berkomputer JANM melalui cara berikut :
4.1.1 Regular Cycle ;
4.1.2 Separate Cycle ;
4.1.3 Daily Rated Cycle ;
4.1.4 Off Cycle

4.2 Pembayaran emolumen melalui Baucar Bayaran dilaksanakan untuk memproses pembayaran emolumen sekiranya dokumen emolumen diterima selepas tarikh tutup proses gaji yang telah ditetapkan. Kelulusan daripada Pejabat Perakaunan hendaklah diperolehi Sistem Emolumen Berkomputerelum penyediaan baucar bayaran berkenaan

4.3 Pembayaran emolumen adalah tertakluk kepada potongan-potongan berkanun selaras dengan peraturan semasa yang berkuatkuasa.


5. KANDUNGAN GARIS PANDUAN
Surat Pekeliling ini mengandungi garis panduan berikut :
5.1 Garis Panduan Pengurusan Pembayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan– LAMPIRAN I
5.2 Borang-borang Kewangan Sistem Emolumen Berkomputer – LAMPIRAN II
5.3 Peraturan Bayaran Insentif Tugas Kewangan – LAMPIRAN III

6. TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN
6.1 Tarikh pembayaran emolumen adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Arahan Perbendaharaan.
6.2 Jadual tarikh emolumen setiap tahun yang ditetapkan oleh JANM akan dimaklumkan melalui surat edaran ANM manakala jadual tarikh penghantaran Borang SG20 adalah melalui surat edaran Pejabat Perakaunan.

7. PEMBAYARAN IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI KEPADA PEGAWAI AWAM PERSEKUTUAN
7.1 Pembayaran imbuhan tahunan dan khas prestasi kepada Pegawai Awam Persekutuan akan dibuat berdasarkan kepada keputusan kerajaan. Peraturan dan tatacara pembayaran ini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa secara surat edaran kepada pejabat perakaunan

8. AKAUNTABILITI PENGURUSAN PEMBAYARAN EMOLUMEN
8.1 Pegawai Pengawal / Ketua Jabatan dan Pegawai yang diberi kuasa adalah bertanggungjawab ke atas kesahihan serta ketepatan data dan maklumat dalam penyediaan dokumen kewangan. Penghantaran dokumen kewangan perlu dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan.
8.2 Pegawai Pengawal / Ketua Jabatan dan pegawai yang diberi kuasa adalah bertanggungjawab menyemak, mengesahkan dan mengambil tindakan pembetulan ke atas Payroll Master Listing (ZRPY025) dan Laporan Ringkasan Gaji (ZRPY023) dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan.
8.3 Pengarah Pejabat Perakaunan dan pegawai yang diberi kuasa bertanggungjawab memastikan pembayaran emolumen kepada Penjawat Awam Persekutuan di bawah kawalannya dibayar mengikut tarikh pembayaran emolumen yang ditetapkan.


9. KAWALAN DALAMAN

9.1 Pusat Pembayar Gaji
9.1.1 Pegawai Pengawal / Ketua Jabatan dan pegawai yang diberi kuasa hendaklah memastikan dokumen yang disediakan adalah sahih dan tepat.
9.1.2 Pegawai Pengawal / Ketua Jabatan dan pegawai yang diberi kuasa hendaklah memastikan jumlah potongan emolumen tidak menyebabkan Penjawat Awam berada dalam keadaan keberhutangan yang serius.
9.1.3 Pegawai yang menyediakan dokumen kewangan hendaklah berlainan dengan pegawai meluluskan dokumen kewangan.

9.2 Pejabat Perakaunan
9.2.1 Pejabat Perakaunan bertanggungjawab memastikan capaian kepada sistem dan pengesahan transaksi diberikan kepada pegawai yang diberi kuasa selaras dengan peraturan semasa yang berkuatkuasa.
9.2.2 Pegawai Perakaunan hendaklah memastikan dokumen kewangan termasuk dokumen emolumen secara hardcopy dan softcopy disimpan mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam Arahan Perbendaharaan 150 bagi tujuan naziran dan pengauditan.

10. TARIKH BERKUAT KUASA
10.1 Surat Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan.

11. PEMAKAIAN
11.1 Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, badan berkanun Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakhluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing.

12. PEMBATALAN
12.1 Dengan berkuatkuasanya surat pekeliling ini, borang-borang yang berikut adalah dibatalkan :
(i) Borang SG11 - Borang Mengwujud, Membatal atau Meminda Butir-Butir Bank Pembayar Gaji.
(ii) Borang SG14 Kew.319 - Borang Mengwujud, Membatal atau Meminda Butir-Butir Sewa Rumah Kerajaan.
(iii) Borang SG.50 Kew.311- Borang Baucar Berasingan / Penyelarasan.

12.2 Dengan berkuatkuasanya surat pekeliling ini, maka Surat Pekeliling Akauntan Negara (SPANM) berikut adalah dibatalkan :
(i) SPANM Bil.1 Tahun 1977: Potongan untuk koperasi dan lain-Lain Syarikat melalui Lembaran Gaji
(ii) SPANM Bil.3 Tahun 1977: Pembayaran Gaji mengikut Tangga Gaji Bersih Baru
(iii) SPANM Bil.4 Tahun 1977: Bayaran Tunggakan Gaji Kepada Pekerja-Pekerja Yang Telah Memilih Memasuki Tangga Gaji Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Baru
(iv) SPANM Bil.6 Tahun 1977: Potongan Untuk Koperasi Dan Lain-Lain Syarikat Melalui Lembaran Gaji
(v) SPANM Bil.2 Tahun 1981: Potongan untuk Koperasi dan lain-lain potongan melalui Lembaran Gaji Yang diproses Oleh Jabatan Akauntan Negara, Kuala Lumpur
(vi) SPANM Bil.4 Tahun 1982: Potongan untuk Koperasi dan lain-lain potongan melalui Lembaran Gaji yang diproses Oleh Pejabat Cawangan Jabatan Akauntan Negara Dan Perbendaharaan Negeri di Semenanjung Malaysia
(vii) SPANM Bil.2 Tahun 1984: Potongan untuk Koperasi dan lain-lain Potongan melalui Lembaran Gaji Yang Diproses Oleh Jabatan Mengakaun Sendiri
(viii) SPANM Bil.1 Tahun 1985: Potongan Untuk Skim Sumbangan Amal Jariah Kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) Melalui Lembaran Gaji
(ix) SPANM Bil.1 Tahun 1986: Potongan Melalui Lembaran Gaji Untuk Yuran Kesatuan, Kelab dan potongan-potongan Lain Yang Tidak Wajib
(x) SPANM Bil.2 Tahun 1993: Kemudahan Potongan Gaji Kakitangan Kerajaan untuk melabur dalam Skim Amanah Saham Bumiputra
(xi) SPANM Bil.3 Tahun 1994: Potongan untuk Koperasi, Yuran Kelab/Kesatuan dan lain-lain Potongan Tak Wajib Melalui Lembaran Gaji Kakitangan Kerajaan Di Sabah dan Sarawak
(xii) SPANM Bil.2 Tahun 1999: Peraturan bayaran Insentif Tugas Kewangan
(xiii) SPANM Bil.4 Tahun 1996: Bayaran Insentif Khas, Imbuhan tetap Keraian, Bantuan Pembantu Rumah dan Menyelenggara Rumah Kumpulan Pengurusan tertinggi serta Imbuhan Tetap Perumahan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
(xiv) SPANM Bil.1 Tahun 2007: Potongan Cukai pendapatan
(xv) SPANM Bil.3 Tahun 2010: Pelaksanaan Sistem epenyata gaji dan eLaporan
(xvi) SPANM Bil.6 Tahun 2011: Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji
(xvii) SPANM Bil.5 Tahun 2012: Pengurusan Pembayaran Gaji bagi Pegawai lantikan Baru atau Bertukar Dalam Perkhidmatan Awam


13. PENUTUP
13.1 Ketua Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan peraturan yang ditetapkan di dalam surat pekeliling ini dipatuhi. Sebarang pertanyaan Surat Pekeliling ini boleh dikemukakan ke Jabatan Akauntan negara Malaysia.



Untuk balik ke muka utama jawatan kosong (klik sini)



Paparan Iklan Berbayar : RM200/tahun
( Paid Advertisement : MYR200/year )

* Hanya perlu klik pada banner pilihan untuk maklumat lanjut *

 Rawatan Terbaik untuk Lemah Tenaga Batin Lelaki

 Ubat Tradisional Penyakit Batu Karang

 Laman khas untuk wanita

 Laman khas untuk lelaki

 Koleksi Kisah Seram yang Benar-Benar Berlaku


Untuk balik ke muka utama jawatan kosong (klik sini)





TARIKH PEMBAYARAN GAJI / ELAUN KERABAT / PENCEN (ADUN)
KERAJAAN NEGERI SELURUH MALAYSIA TAHUN 2013

  BULAN   HARI   TARIKH
  Januari   Rabu   23 Januari 2013
  Februari   Isnin   25 Februari 2013
  Mac   Isnin   25 Mac 2013
  April   Khamis   25 April 2013
  Mei   Khamis   23 Mei 2013
  Jun   Selasa   25 Jun 2013
  Julai   Khamis   25 Julai 2013
  Ogos   Khamis     22 Ogos 2013
  September     Rabu   25 September 2013  
  Oktober   Khamis   10 Oktober 2013
  November   Isnin   25 November 2013
  Disember   Khamis   19 Disember 2013



TARIKH PEMBAYARAN GAJI / ELAUN KERABAT / PENCEN (ADUN)
KERAJAAN NEGERI SELURUH MALAYSIA TAHUN 2012

  BULAN   HARI   TARIKH
  Januari   Isnin   16 Januari 2012
  Februari   Khamis   23 Februari 2012
  Mac   Khamis   22 Mac 2012
  April   Rabu   25 April 2012
  Mei   Rabu   23 Mei 2012
  Jun   Isnin   25 Jun 2012
  Julai   Rabu   24 Julai 2012
  Ogos   Isnin     13 Ogos 2012
  September     Selasa   25 September 2012  
  Oktober   Isnin   22 Oktober 2012
  November   Selasa   06 November 2012
  Disember   Selasa   18 Disember 2012



TARIKH PEMBAYARAN GAJI / ELAUN KERABAT / PENCEN (ADUN)
KERAJAAN NEGERI SELURUH MALAYSIA TAHUN 2011

  BULAN   HARI   TARIKH
  Januari   Selasa   25 Januari 2011
  Februari   Khamis   24 Februari 2011
  Mac   Khamis   24 Mac 2011
  April   Isnin   25 April 2011
  Mei   Selasa   24 Mei 2011
  Jun   Khamis   23 Jun 2011
  Julai   Isnin   25 Julai 2011
  Ogos   Rabu     24 Ogos 2011
  September     Khamis   22 September 2011  
  Oktober   Khamis   20 Oktober 2011
  November   Khamis   24 November 2011
  Disember   Isnin   19 Disember 2011



TARIKH PEMBAYARAN GAJI / ELAUN KERABAT / PENCEN (ADUN)
KERAJAAN NEGERI KEDAH TAHUN 2010

  BULAN   HARI   TARIKH
  Januari   Isnin   25 Januari 2010
  Februari   Isnin   08 Februari 2010
  Mac   Khamis   25 Mac 2010
  April   Khamis   22 April 2010
  Mei   Isnin   24 Mei 2010
  Jun   Khamis   24 Jun 2010
  Julai   Khamis   22 Julai 2010
  Ogos   Rabu     25 Ogos 2010
  September     Khamis   23 September 2010  
  Oktober   Isnin   25 Oktober 2010
  November   Rabu   10 November 2010
  Disember   Isnin   20 Disember 2010



TARIKH PEMBAYARAN GAJI / ELAUN KERABAT / PENCEN (ADUN)
KERAJAAN NEGERI KEDAH TAHUN 2009

  BULAN   HARI   TARIKH
  Januari   Isnin   19 Januari 2009
  Februari   Rabu   25 Februari 2009
  Mac   Rabu   25 Mac 2009
  April   Khamis   23 April 2009
  Mei   Isnin   25 Mei 2009
  Jun   Khamis   25 Jun 2009
  Julai   Khamis   23 Julai 2009
  Ogos   Selasa     25 Ogos 2009
  September     Khamis   10 September 2009  
  Oktober   Khamis   08 Oktober 2009
  November   Khamis   19 November 2009
  Disember   Khamis   17 Disember 2009


Nak letak counter kat website ? klik sini


Thanks for your visit. Copyright © & design by Kedah2U Group