Untuk balik ke Muka Utama Jawatan Kosong (klik sini)
Dapatkan info terkini mll FaceBook, (like) Kedah2U

Paparan Iklan Berbayar : RM1000/bulan














IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN / BADAN BERKANUN
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA




Logo Jabatan Perangkaan Malaysia


Info Jabatan Perangkaan Malaysia
Jabatan Perangkaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Ordinan Statistik 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad hanya kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang. Pada tahun 1965, Biro Statistik telah bertukar nama kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965. Fungsi dan peranan Jabatan seterusnya telah berkembang di mana data/maklumat yang dikumpul semakin meluas merangkumi bidang ekonomi dan juga sosial. Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara. Jabatan Perangkaan Malaysia yang beribu pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya juga mempunyai pejabat di setiap negeri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.

Peranan Jabatan Perangkaan Malaysia
Sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

Fungsi Jabatan Perangkaan Malaysia
Di bawah "Statistics Act 1965 (Revised - 1989)", fungsi utama Jabatan Perangkaan Malaysia ialah : mengumpul dan mentafsirkan perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam apa juga bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau bagi memenuhi keperluan-keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian atau lain-lain menyebar perangkaan yang telah dikumpul atau tafsiran yang dibuat atas perangkaan yang dikumpul itu, bukan sahaja kepada agensi-agensi kerajaan, tetapi juga kepada pihak-pihak berkuasa atau orang-orang yang mana maklumat itu berguna untuk mereka



Iklan Jawatan Kosong Terkini
Jabatan Perangkaan Malaysia

Kekosongan Jawatan
Tarikh Tutup
Info

Pembantu Perangkaan Gred E17
(Jabatan Perangkaan Selangor Darul Ehsan)

Perangkawan Gred E41

Penolong Pegawai Perangkaan Gred E27

Pembantu Perangkaan Gred E17

Penolong Pegawai Perangkaan Gred E27
(Jabatan Perangkaan Negeri Kedah Darul Aman)


terbuka







05 Jun 2014



klik


klik




klik



Untuk balik ke muka utama jawatan kosong (klik sini)
Bismillahir Rahmanir Rahim



Thanks for your visit. Copyright © & Design by Kedah2U Group