Untuk balik ke Muka Utama Jawatan Kosong (klik sini)
Dapatkan info terkini mll FaceBook, (like) Kedah2U

Paparan Iklan Berbayar : RM1000/bulan
Iklan Jawatan Kosong Kerajaan di Malaysia










Iklan Jawatan Kosong Kerajaan, Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Tahun 2013, IKlan Jawatan Kosong Kerajaan Tahun 2009, Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Tahun 2008, Iklan Jawatan Kosong Kerajaan di Malaysia, Iklan Jawatan Kosong Kerajaan di Kedah Peluang Mendapatkan Pekerjaan di Malaysia Iklan Kerja Kosong Kerajaan & Peluang Pekerjaan di Seluruh Malaysia Iklan Jawatan Kosong Kerajaan, Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Tahun 2011, IKlan Jawatan Kosong Kerajaan Tahun 2009, Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Tahun 2008, Iklan Jawatan Kosong Kerajaan di Malaysia, Iklan Jawatan Kosong Kerajaan di Kedah Peluang Mendapatkan Pekerjaan di Malaysia Iklan Kerja Kosong Kerajaan & Peluang Pekerjaan di Seluruh Malaysia
IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN / BADAN BERKANUN
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)




Logo Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)


Info Ringkas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia(JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

LHDN bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta :

Akta Setem 1949,
Akta Cukai Pendapatan 1967,
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967,
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990.
Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976,
Akta Penggalakan Pelaburan 1986,


Fungsi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Lembaga,

Untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya mengenai perkara-perkara tersebut,

Untuk turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian,

Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberi kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis lain dan

Boleh bertindak sebagai ejen pemungutan untuk dan bagi pihak mana-mana badan untuk mendapatkan pinjaman yang kena dibayar balik kepada badan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis.


Kuasa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Membuat Kontrak,

Mempergunakan segala harta Lembaga, alih dan tak alih, dengan cara yang difikirkan suaimanfaat oleh Lembaga termasuklah mendapatkan pinjaman dengan menggadai harta tersebut,

Melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan, sama ada bersendiri atau bersama-sama dengan organisasi lain, atau agensi antarabangsa, bagi menggalakkan pemahaman percukaian yang lebih baik,

Memberi nasihat atau bantuan teknikal, termasuk kemudahan latihan kepada pihak-pihak berkuasa percukaian negara-negara lain,

Mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga,

Memberi pinjaman kepada pekerja-pekerja Lembaga bagi apa-apa maksud yang diluluskan secara khusus oleh Lembaga,

Menyediakan kemudahan rekreasi dan menggalakkan kegiatan rekreasi bagi, dan kegiatan yang berfaedah untuk, kebajikan pekerja Lembaga,

Menyediakan latihan untuk pekerja Lembaga dan memberi biasiswa atau selainnya membiayai latihan tersebut dan

Melakukan apa juga yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya.


Budaya Korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

VISI : Pentadbir Cukai Terunggul

MISI : Memberikan perkhidmatan percukaian yang berkualiti dan berintegriti ke arah meningkatkan pematuhan sukarela

OBJEKTIF : Melaksanakan Sistem Pengurusan Percukaian Yang Berkesan, Adil dan Saksama

SLOGAN : Bersama Membangun Negara

DASAR KUALITI : Berteraskan integriti, kami komited memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan

MOTO PERKHIDMATAN : Perkhidmatan Terbaik Untuk Anda



Iklan Jawatan Kosong Terkini
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Kekosongan Jawatan
Tarikh Tutup
Info
Pembantu Setiausaha Pejabat

21 Jan 2014


klik sini



Untuk balik ke muka utama jawatan kosong (klik sini)
Bismillahir Rahmanir Rahim maklumat peluang pekerjaan terbaru, iklan kerja kosong, jawatan kosong perkhidmatan awam kerajaan, agensi kerajaan, badan berkanun, sektor swasta, syarikat swasta, agensi swasta, cari kerja, jpa gov my, jawatan kosong di negeri perlis, kedah, penang, pulau pinang, perak, kelantan, terengganu, pahang, selangor, wilayah persekutuan kuala lumpur, putrajaya, melaka, negeri sembilan, johor, sabah, wilayah persekutuan labuan, sarawak, malaysia, brunei darussalam, indonesia, singapore, singapura website ini dibina pada 01 Januari 2008
Thanks for your visit. Copyright © & Design by Kedah2U Group