Untuk balik ke Muka Utama Jawatan Kosong (klik sini)
Dapatkan info terkini mll FaceBook, (like) Kedah2U

Paparan Iklan Berbayar : RM1000/bulan












IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN / BADAN BERKANUN
MAJLIS DAERAH PASIR MAS (MDPM)


Logo Majlis Daerah Pasir Mas
Logo Majlis Daerah Pasir Mas


Info Ringkas Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)

Majlis Daerah Pasir Mas

Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.

Pasir Mas merupakan satu daripada 10 jajahan di Negeri Kelantan terletak dibahagian utara Negeri Kelantan, bersempadan dengan jajahan Tumpat di sebelah Utara, Tanah Merah di sebelah selatan, Sungai Kelantan dan jajahan Kota Bharu di sebelah Timur dan Jajahan Sungai Golok, Thailand di sebelah Barat.

Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit 'Mas ! Mas !'. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.


Iklan Jawatan Kosong Terkini
Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)


Kekosongan Jawatan
Tarikh Tutup
Info

Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Penolong Akauntan Gred W27

Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27

29 Mac 2014





klik







CARA MEMOHON
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDPM 1 yang boleh didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM2.00
b. Satu permohonan jawatan sahaja di atas satu borang.
c. Borang permohonan yang telah dipenuhkan hendaklah dialamatkan seperti berikut :

Tuan Yang DiPertua
Majlis Daerah Pasir Mas
Kompleks Apam Putra
Bandar Baru Pasir Mas
Lubok Jong
17070 Pasir Mas
Kelantan

d. Tarikh Tutup Permohonan : Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas pada atau sebelum 29 MAC 2014.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan sijil persekolahan, salinan sijil surat beranak dan lain-lain dokumen yang berkaitan yang telah disahkan.

Permohonan yang lewat diterima atau yang tidak menurut peraturan tidak akan dilayan.


Untuk balik ke muka utama jawatan kosong (klik sini) Bismillahir Rahmanir Rahim

Thanks for your visit. Copyright © & Design by Kedah2U Group