Untuk balik ke Muka Utama Jawatan Kosong (klik sini)
Dapatkan info terkini mll FaceBook, (like) Kedah2U

Paparan Iklan Berbayar : RM1000/bulan












IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN / BADAN BERKANUN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)




Logo Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


Info Ringkas Universiti Islam Malaysia

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Universiti Sains Islam Malaysia (sebelum ini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia). Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan enrolmen pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.

Kini USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)
Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM)
Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
Fakulti Pergigian (FPg)

Selain itu, USIM juga memberikan tumpuan utama kepada pengajian peringkat siswazah. Adalah dirancangkan 40 peratus daripada enrolmen pelajarnya ialah calon-calon pascasiswazah. Ini bermakna selain daripada tanggungjawab mendidik, USIM juga menjadi institusi penyelidikan yang utama sebagai teras pengukuhan bidang pengajiannya.


Sejarah Penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.

Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997.

Hasrat penubuhan ini adalah selaras dengan manifestasi Kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam sepenuhnya. Selain itu ia berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai model utama negara-negara Islam di dunia dan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan kurikulum tempatan untuk memastikan keutuhan Islam dalam negara demi merealisasikan pembinaan tamadun baru Islam. Ia juga bertujuan untuk mengembalikan ketokohan ilmu Islam yang semakin merosot.

Penubuhan KUIM juga memberi peluang kepada pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kementerian untuk mendalami ilmu agama tanpa perlu ke Asia Barat. Langkah ini akan mengurangkan beban kerajaan dalam menghantar pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kerajaan berhasrat untuk mempunyai pusat kecemerlangan untuk melahirkan ulama intelektual Islam.

"Jika negara Islam lain tidak mampu, Malaysia akan mengambil alih daripada mereka untuk mewujudkan pusat kecemerlangan Islam bagi memperlihatkan agama Islam bukanlah mundur atau kolot, sebaliknya progresif" ~Mohd Najib Tun Abdul Razak~

Pada 13 Jun 1997 kabinet telah bersetuju dengan penubuhan KUIM yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya dan diwartakan tahun berikutnya iaitu pada 12 Mac 1998. Antara tokoh yang mencetuskan idea dalam penubuhan KUIM adalah Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan disokong oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Kemudian idea ini dilaksanakan oleh Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Prof. Madya Dr. Abdullah Mohamed Zin, pensyarah UKM dengan khidmat nasihat Exco Terengganu, Datuk Dr. Mohd Yusof Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdul Hamid Othman. Pelaksanaan operasi ini turut dibantu oleh Tuan Haji Addenan Abd Rahman sebagai Pendaftar dan Puan Hajah Rohani Abu sebagai Bendahari.

Pada awalnya KUIM dijangka beroperasi pada Mei 1998 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya, Selangor, apabila UIA berpindah ke kampus tetapnya di Gombak. Disebabkan kemelesatan ekonomi pada tahun itu, operasi KUIM terpaksa ditangguhkan ke tahun berikutnya.

KUIM memulakan operasi awalnya di tingkat 5, Fakulti Pengajian Islam UKM dan pada bulan Januari tahun 2000. Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai di antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan KUIM dan Institut Profesional Baitulmal (IPB). MoU itu ditandatangani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdul Hamid Othman yang mewakili MAIWP, Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin mewakili KUIM manakala IPB diwakili pengerusinya Tan Sri Hanafiah Ahmad.

KUIM kemudiannya berpindah ke IPB di Kampung Pandan, Kuala Lumpur untuk pengambilan pelajar pertama sesi 2000/2001 seramai 255 orang. Pada peringkat awal, KUIM menawarkan tiga bidang pengajian iaitu Pengajian Syariah dan Kehakiman, Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dan Pengajian Dakwah dan Pengurusan Islam di tiga fakulti; Fakulti Syariah dan Kehakiman, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Fakulti Dakwah dan Pengurusan Islam.


Iklan Jawatan Kosong Terkini di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Kekosongan Jawatan
Tarikh Tutup
Info

JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29

PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17

JURU X-RAY U29

JURURAWAT PERGIGIAN U29

SETIAUSAHA PEJABAT N27

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17

PEGAWAI KEWANGAN GRED W54

PEMBANTU PENERBITAN N17

08 Mac 2014

















klik


















Penolong Pegawai Tadbir N27

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

31 Julai 2013



klik




Untuk balik ke muka utama jawatan kosong (klik sini)
Bismillahir Rahmanir Rahim



Thanks for your visit. Copyright © & Design by Kedah2U Group