|
|
Maklumat Am Daerah Kota Setar, Negeri Kedah Darul Aman
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Sejarah Daerah Kota Setar
jitra daerah kubang pasu negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Sewaktu bersemayam di Kota Bukit Pinang, Sultan Muhammad Jiwa mengarahkan para pembesarnya meneroka
pusat pemerintahan baru untuk menggantikan Kota Bukit Pinang. Tempat baru itu dinamakan Kota Setar
mengambil sempena nama pohon setar yang banyak tumbuh di situ.
Sebuah istana baru telah dibina lengkap dengan balai besar (balairong-seri/balai penghadapan),
balai nobat dan masjid. Sebelum itu rakyat dikerah untuk menggali beberapa batang terusan antaranya
dari Alor Semadom ke Sungai besar di Pumpong, dari Kanchut tembus ke sungai besar di Pengkalan Badak,
dan sebatang lagi menghala ke Gerbang (Gedebang) melalui Geduk hingga ke sungai Pengkalan Kundor
Di samping untuk kegunaan pengairan sawah padi, mengelakkan banjir dan kemudahan perhubungan,
tanah-tanah yang digali itu ditambak untuk projek pembinaan kompleks istana Kota Setar.
Pada 15 Syaaban 1418 Hijrah bersamaan 31 Disember 1735, Sultan Muhammad Jiwa dengan rasminya berangkat
bersemayam di Istana Kota Setar. Bermulalah era kedua dalam sejarah pemerintahan baginda di Kota Setar
sebagai pusat pemerintahan baru bagi negeri Kedah.
Pada tahun 1726, Sultan Kedah telah meminta untuk mendirikan sebuah kota batu yang kukuh dan lengkap
berhadapan dengan istana baginda di Kota Setar. Di dalam kota itu telah dibangunkan istana, taman
bunga, kolam dan rumah kediaman menteri-menteri serta para pegawai negeri. Manakala di luar kota
baginda, telah dibina sebuah masjid, jambatan dan kota pertahanan.
Bangunan yang dikenali sebagai Balai Besar atau Balairong Seri atau Balai Penghadapan yang dilengkapkan
dengan sebuah astaka dan singgahsana sultan telah dibina. Baginda Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin
yang sebelum ini bersemayam di Istana Bukit Pinang lalu berangkat pindah ke istana baru di Kota Setar.
Selepas itu, bermula pada 15 Disember 1735, terciptalah sejarah kelahiran Bandar Diraja Kota Setar.
Kewujudan bandar ini telah kekal hingga ke hari ini dan Alor Setar kini telah membangun dengan
pesatnya
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Kota Star Masakini
Pembangunan awal di pusat bandar Alor Setar telah menjadikan bandar Alor Setar kini penuh sesak dengan
pelbagai jenis bentuk bangunan dan kemudahan frasarana yang lain seperti jalan raya yang sistematik.
Alor Setar mengalami pembangunan yang pesat selepas Perang Dunia II. Kebanyakan bangunan-bangunan yang
terdapat di sekitar bandar ini telah dibina selepas negara mencapai kemerdekaan. Pada amnya, bangunan-bangunan
lama yang wujud adalah tertumpu di kawasan pembangunan awal Alor Setar iaitu di sekitar kawasan Pekan
Melayu, Pekan Cina, Jalan Langgar dan juga di Jalan Raja.
Ciri-ciri bahan binaan bangunan-bangunan di pusat bandar dapat menggambarkan masa dan zaman ianya
telah dibina. Bangunan-bangunan lama di kawasan pembangunan awal kebanyakannya terdiri daripada
bangunan kayu, campuran kayu dan batu, yang boleh dianggap sebagai bangunan separuh kekal.
Langkah pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukan pemuliharaan dan pemeliharaan terhadap bangunan-bangunan
ini menjadikan ia kekal menarik sehingga ke hari ini.
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Asal-Usul Nama Alor Setar
Alor Setar adalah cantuman dari kata 'Alor' dan 'Setar'. Setar adalah nama pokok Setar, buahnya apabila
masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah
rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya 'Bouea macrophylla'.
Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada
21 Disember 2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada 14 Januari 2009 kerana nama
Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Pengangkutan di Daerah Kota Setar
Jalan Raya
Alor Star mempunyai rangkaian jalan raya yang agak luas. Lebuhraya Utara Selatan menghubungkan Alor
Star dengan Negara Thai di utara dan bandar-bandar di Pantai Barat di Semenanjung Malaysia. Terdapat
dua susur keluar ke Alor Star : Alor Star Selatan dan Alor Star Utara.
Bas
Alor Star mempunyai hab pengangkutan awam bas dan teksi yang agak selesa, iaitu Shahab Perdana di
Lebuhraya Sultanah Bahiyah (sebelum ini dikenali sabagai Jalan Sultanah selepas ditukar daripada
Jalan Day). Shahab Perdana mempunyai dua terminal bas bagi perjalanan dalam bandar dan antarabandar.
Terdapat juga perjalanan harian pergi balik ke Pulau Pinang untuk kemudahan orang yang bekerja.
Kereta Api
Keretapi Tanah Melayu juga mempunyai stesen perhentian di tengah-tengah Bandaraya Alor Star.
Lapangan Terbang
Alor Star mempunyai lapangan terbang yang baru untuk menggantikan lapangan terbang yang lama.
Lapangan tersebut mempunyai nama yang sama, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Ia terletak di
Kepala Batas, 8 km dari bandaraya. Pada masa ini (Tahun 2010), hanya Penerbangan Malaysia dan AirAsia,
masing-masing, menyediakan perkhidmatan pergi-balik dari Kuala Lumpur.
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Kemudahan Awam di Daerah Kota Setar
Hospital Kerajaan
Hospital Sultanah Bahiyah
Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar
( dahulunya Hospital Alor Setar).
Hospital Swasta
Kedah Medical Centre
Putra Medical Centre
Kompleks Membeli- Belah
Alor Star Mall (Pacific Hypermarket)
Star Parade (Pacific Hypermarket)
City Plaza
Kompleks MBAS (Billion Supermarket)
Tesco Mergong
Souq Al-Bukhary (Giant Hypermarket)
Kedah Shopping Centre
Billion Supermarket (Pasar Besar Alor Star)
Kamdar
Mydin
Pasaraya Dalam Perancangan (2010)
Star Gate (Tesco)
Souq Aman - Plaza Tunku Yaakob redevelopment
Plaza AEON Star City
Hotel dan Resorts
Hotel Seri Malaysia
Star City Hotel
Hotel Grand Crystal
Holiday Villa
Sentosa Regency Hotel
Star City Hotel
Seberang Perak Hotel
Kemudahan Sukan
Stadium Darul Aman
Stadium Sultan Abdul Halim
Dewan Badminton Alor Setar
Kompleks Belia Dan Sukan (Jalan Stadium)
Kompleks Akuatik Alor Setar
6Kompleks Muadzam Shah ( Kompleks Hijau Kuning )
Stadium Mini
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Sektor Pelancongan di Daerah Kota Setar
Tempat tempat Menarik
Balai Besar
Balai Nobat
Muzium Negeri
Muzium Di Raja Kedah
Galeri Sultan Abdul Halim
Mini I-City
Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Muzium Padi
Menara Alor Setar
Balai Seni Negeri
Pekan Rabu
Rumah Kelahiran Mahathir
Rumah Merdeka(Memorial Tunku Abdul Rahman
Gunung Keriang
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Kawasan-Kawasan Kajian
Bangunan Mahkamah Rendah Lama Alor Setar
Bangunan Mahkamah Rendah Lama ini terletak di Jalan Raja, Alor Setar. Tapak Mahkamah Rendah Lama ini
pada asalnya adalah tapak sebuah surau kepunyaan ulama Tuan Guru Haji Saleh yang berasal dari Penaga,
Seberang Perai.
Tuan Guru Haji Saleh pernah membuka perkampungan pondoknya di kawasan itu. Beliau juga pernah berkhidmat selaku penasihat kepada Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) dan dilantik sebagai Guru Agama di istana. Surau ini juga dijadikan tempat perbicaraan kes-kes berkaitan Hukum Agama Islam seperti nikah-kahwin, cerai dan sebagainya.
Dalam tahun 1931, di atas tapak surau ini telah dibangunkan Mahkamah Rendah iaitu semasa Kedah di bawah naungan British. Rekabentuk senibina bangunan ini juga sama seperti Bangunan Mahkamah Tinggi iaitu bercirikan senibina Roman.
Galeri Sultan Abdul Halim
Galeri Sultan Abdul Halim terletak di kawasan Medan Bandar berhampiran Masjid Zahir , Balai Besar, dan Balai Nobat. Dahulu galeri ini merupakan Mahkamah Tinggi Alor Setar. Namun ia diubah suai pada tahun 2007 untuk dijadikan sebuah galeri. Orang ramai dapat mengenali lebih mendalam lagi mengenai peribadi Sultan Abdul Halim, hobi dan Kesultanan Kedah jika mengunjungi galeri ini.
Wisma Negeri
Wisma Negeri yang terletaknya di sebelah bangunan Balai Besar, Alor Star, merupakan nadi pentadbiran kerajaan Negeri Kedah pada suatu masa dahulu. Perasmian bangunan ini telah disempurnakan pada 11 Syawal 1393 bersamaan 8 September 1973 oleh D.Y.T.M. Tuanku Haji Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pemangku Sultan Kedah pada waktu itu. Lokasinya terletak berhampiran Balai Besar dan terletak di dalam kawasan Medan Bandar.
Bangunan ini pada awalnya menempatkan pejabat-pejabat penting seperti pejabat KDYMM Tunku Sultan, DYTM Raja Muda, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Kewangan Negeri. Sebelum ini pejabat-pejabat tersebut berada di bangunan secretariat atau terkenal dengan sebutan 'opis dalam', iaitu bangunan dua tingkat yang terletak di belakangnya yang mula digunakan pada tahun 1929. Di bangunan ini juga terdapat Dewan Persidangan untuk ahli-ahli Dewan Negeri Kedah yang sebelum itu bertempat di Balai Besar semenjak Majlis Negeri di asaskan pada tahun 1905.
Pada 15 April 1993, semua pejabat terpenting di sini termasuk Dewan Undangan Negeri telah berpindah ke Wisma Darul Aman yang terletak 1 kilometer dari pusat bandar dan bersempadan di antara Jalan Tunku Bendahara, Jalan Sultanah dan Lebuhraya Darul Aman. Sementara Wisma Negeri ditempatkan beberapa jabatan penting lainnya seperti Pejabat Perbendaharaan dan Audit, Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Daerah Kota Setar.
Dari segi struktur rekabentuk bangunan, dengan adanya bentuk-bentuk gerbang di setiap tingkap, menjadikan bangunan ini kelihatan cantik. Di bahagian depan bangunan ini terdapat jalinan lencana Negeri Kedah yang mewujudkan suasana harmoni. Ini tambah pula dengan bumbung 'gentian kaca' sebagai tanda pintu masuk utama ke bangunan ini.
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
|
Koleksi Ubat Kuat Paling Laris, Ubat Kuat Tahan Lama, Ubat Kuat Wanita, Ubat Kuat Tradisional, Ubat Kuat Cialis
Ubat Kuat untuk Besar & Panjang Zakar, Ubat Tahan Lama Bersetubuh, Ubat Buasir, Ubat Gout,
Vitca M, Vitca F, Vitca Juice, Vimax, PL Supergel, PY Supergel, Sensaoil, Krim Sure Up Cream, Sure Up Plus,
Minyak Lintah Tapa, Minyak Belacak, Minyak Urut Zakar dll
Mengubati Merawat Pesakit Penghidap HIV Positif AIDs, Rawatan Penyakit HIV Positif AIDS, Merawat Semua Jenis Kanser
|