|
 |
Balai Besar, Alor Setar
Kedah Big Hall
Fungsi asal Balai Besar adalah sebagai Balai Rongseri atau Balai Penghadapan. Ia merupakan
sebahagian daripada kompleks Istana Kota Setar yang terletak di belakang bangunan ini. Pembinaannya
dimulakan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19
(1710 - 1778). Bahan binaan untuk tiang, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu.
Balai Besar dibina dengan gabungan keindahan senibina dan mempamerkan kehalusan dan kesenian
pertukangan kayu Melayu yang mengkagumkan. Kayu Cengal Emas digunakan sebagai bahan utama
dalam pembinaan. Bangunan Balai Besar juga dihiasi dengan ukiran berwarna keemasan dan cermin
dari Cina pada bumbungnya. Terdapat 42 tiang utama yang masih kukuh sehingga hari ini.
Bangunan ini pernah mengalami kerosakan akibat serangan Armada Bugis (1770) dan Siam (1821). Semasa
pemerintahan Sultan Abdul Hamid Shah, Sultan kedah ke-26 (1882 - 1943), bangunan ini telah
dibaikpulih (1896) oleh Jabatan Kerja Raya Negeri yang diketuai oleh seorang arkitek, Muhammad
bin Lebai Tambi sebagai persediaan untuk melagsungkan perkahwinan putera-puteri baginda lima
bersaudara (1904).
Selain majlis perkahwinan, Balai Besar ini juga digunakan untuk melangsungkan majlis pertabalan,
majlis-majlis rasmi dan persidangan Majlis Negeri (state Council) sejak 1905 hingga 1973. Pada
1805, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804 - 1845) telah ditabalkan secara
rasmi di Balai Besar ini dan diikuti oleh KDYMM Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah pada
20 Februari 1959.

Blaai Besar berada dalam Daerah Kota Setar
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman

Kembali ke Jom pi Kedah (klik sini)
|
Pekan Rabu Alor Setar, Pekan Rabu Alor Setar Kedah, Pekan Rabu Alor star,
Pekan Rabu Kedah, Peta Pekan Rabu Kedah, Sejarah Pekan Rabu Kedah, Koperasi Pekan Rabu
|
 |
|
|
|