|
 |
Gunung Jerai, Yan
Jerai Mountain, Kedah Malaysia
Dikenali sebagai Puncak Negeri Kedah, Gunung Jerai merupakan lokasi pelancongan yang harus
dikunjungi ketika bercuti bersama keluarga.Keindahan alam semula jadi dilengkapi pelbagai
kemudahan awam, menjanjikan kenangan yang istimewa untuk para pengunjung.
Antaranya prasarana yang tersedia adalah masjid, tempat letak kenderaan yang selamat, tandas awam,
gerai makanan, gerai cenderamata dan gerai batu.
Pengunjung juga boleh mendapat maklumat tentang Gunung Jerai di Pusat Maklumat, bersebelahan
dengan Masjid Jerai. Di belakang Pusat Maklumat itu, terdapat sebuah tabika kemas untuk
kanak-kanak yang tinggal di kawasan berdekatan. Taman Permainan untuk kanak-kanak juga
tersedia dalam kawasan gerai makanan, di kaki Gunung Jerai. Bersebelahan Taman Permainan pula,
terdapat Pusat Jualan Florikultur Gunung Jerai. Manakala lokasi Gelanggang Futsal pula adalah
di sebelah kanan selepas melawati Pusat Jualan Florikultur.
Dalam perjalanan ke puncak Gunung Jerai, pengunjung boleh menikmati keindahan persekitaran
hutan semula jadi dan pemandangan saujana mata memandang Negeri Kedah.
Monyet-monyet didapati berkeliaran di atas jalan semasa dalam perjalanan dan pengunjung dinasihatkan
agar tidak memberi makanan untuk mengelakkan mereka bertindak agresif. Van Pengangkut disediakan
untuk para pengunjung naik ke Puncak Gunung Jerai. Perjalanan ke puncak akan mengambil masa
20-25 minit dengan jarak perjalanan lebih 13 km. Dalam perjalanan, pengunjung boleh singgah di
Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun.
Selain menaiki Van Pengangkut yang disediakan, pengunjung juga boleh ke puncak Gunung Jerai dengan
kenderaan sendiri. Tetapi perlu diingatkan, jalan mendaki di sini agak merbahaya. Tidak sama
seperti jalan biasa. Kedudukannya yang curam dan sempit, menyukarkan pemandu untuk mengawal
kenderaan dengan baik.
Terdapat beberapa kenderaan yang rosak dan terbabas ke dalam curam. Kos untuk membawa keluar
kenderaan tersebut mencecah ribuan ringgit dan terpaksa ditanggung oleh pengunjung sendiri
kerana Pihak Pengurusan telah memberi amaran, tidak bertanggungjawab bagi pengunjung yang
menggunakan kenderaan sendiri untuk menaiki Puncak Gunung Jerai. Van Pengangkut yang disediakan
dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian untuk perjalanan ke Puncak Gunung Jerai.
Bayaran yang dikenakan pula hanya RM10 untuk seorang penumpang.
Terdapat pusat penginapan di puncak Gunung Jerai bagi para pengunjung yang ingin
menginap di situ iaitu The Regency Jerai Hill Resort. Pengunjung boleh menghirup udara yang
nyaman dan dingin di sini sambil merehatkan minda lantas berupaya melupakan kesibukan kerja
dan menghilangkan stress. Pemandangan sawah padi terbentang luas dilihat menghijau pada
siang hari manakala lampu-lampu kenderaan, lampu-lampu hiasan dan bangunan-bangunan di
Bandaraya Alor Setar pula menghiasi pemandangan pada waktu malam.
Pihak Pengurusan Gunung Jerai juga menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam
semulajadi. Terdapat pelbagai spesies tumbuhan tropika di kawasan hutan Dipterokarp Bukit
dan hutan Dipterokarp Atas. Pokok-pokok hujan tropika dan landskap bunga-bungaan yang hidup
subur mewarnai panorama hutan Gunung Jerai. Menariknya, bunga-bungaan di sini mengembang
dengan saiz lebih besar daripada spesis sama yang tumbuh di tempat lain.
Gunung Jerai Resort pula terletak di tingkat tertinggi Gunung Jerai. Dengan berjalan kaki
beberapa meter ke bawah, pengunjung boleh melawat Tapak Warisan, Makam Syeikh Abdullah Yamani,
Telaga Tuk Syeikh dan Muzium Perhutanan.

Gunung Jerai Kedah berada dalam Daerah Yan
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman

Kembali ke Jom pi Kedah (klik sini)
|
Pekan Rabu Alor Setar, Pekan Rabu Alor Setar Kedah, Pekan Rabu Alor star,
Pekan Rabu Kedah, Peta Pekan Rabu Kedah, Sejarah Pekan Rabu Kedah, Koperasi Pekan Rabu
|
 |
|
|
|