|
 |
Kota Kuala Kedah - Tempat Bersejarah
Kuala Kedah Fortress - Historical Places
Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah.
Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar.
Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa
ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang
ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa
darpada India.
Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali
dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam.
Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa
buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api.
Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini.
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah
kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan
oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah
Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165. Dalam bulan
November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah
melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu
Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.
Muzium Kota Kuala Kedah - Lokasi Bersejarah
Kuala Kedah Fortress Museum - Historical Places
Muzium Kota Kuala kedah terletak kira kira 1 km dari pekan kuala kedah.
Muzium ini mempamerkan pelbagai barangan peninggalan sejarah Kota Kuala Kedah.
Hari & Masa Lawatan
Sabtu-Khamis : 9.00 pagi-6.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi-12.30 tengah hari
(waktu rehat utk Solat Jumaat)
Jumaat : 2.30 petang - 6.00 petang
Bayaran Masuk : Percuma
Kemudahan Pengangkutan
Pengunjung boleh menaiki Bas dari Alor Setar ke Kuala Kedah ataupun menaiki teksi dari Alor Setar atau Terminal feri Kuala Kedah

peta lokasi Muzium Kota Kuala Kedah
Alamat Surat-Menyurat :
Muzium Kota Kuala Kedah,
Jabatan Muzium Malaysia
(Wilayah Utara)
Kampung Seberang Kota
06600 Kuala Kedah
Kedah Darul Aman
No.Telefon : 04-741 2152
Faksimili : 04-741 9297
Pegawai untuk dihubungi
En.Md.Zokhi bin Tahir
Penolong Kurator
email : zokhi@jmm.gov.my

Kota Kuala Kedah berada dalam Daerah Kota Setar
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman

Kembali ke Jom pi Kedah (klik sini)
|
Pekan Rabu Alor Setar, Pekan Rabu Alor Setar Kedah, Pekan Rabu Alor star,
Pekan Rabu Kedah, Peta Pekan Rabu Kedah, Sejarah Pekan Rabu Kedah, Koperasi Pekan Rabu
|
 |
|
|
|