Info Kedah
Info Umum
Iklan Kedah
Iklan Produk
Iklan Malaysia
Iklan Percuma
Iklan Jawatan Kosong
Nak Makan Tang Mana ?
Online Game

Sponsor
Kisah Seram
Kencing Manis
Batu Karang
Laman Lelaki
Laman Wanita
T.S P.Ramlee
Masked Rider
Ubat Kuat
Vimax Kanada
Kedah Lanie

 

 


Kompleks Pekan Rabu, Bandaraya Alor Setar
Pekan Rabu Complex, Alor Setar Kedah



Nama "Pekan Rabu" yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah. Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah berniaga di situ. Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu




Dengan bantuan pinjaman dari pihak MARA, sebuah kompleks yang berharga RM 3.2 juta telah dapat dibina pada tahun 1975 dan diubahsuai pada tahun 1995 dengan belanja RM 6.5 juta. Kompleks perniagaan yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim ini telah di rasmikan pembukaannya oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir pada 25 Februari 1978
( Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu )

Sebelum Kompleks Pekan Rabu ini wujud, peniaga-peniaga di situ hanya berlindung di sebuah bangunan yang terbuka, tanpa dinding dengan tempat berniaga yang agak berselerak dan tidak teratur. Dan kini Kompleks Pekan Rabu yang mengandungi 347 buah kedai yang menjalankan berbagai jenis perniagaan telah berjaya menjadi sebahagian daripada mercu tanda bandar Alor Setar
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
Lokasi Pekan Rabu dalam Peta Alor Star


iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Pekan Rabu versi 'Lama'

 
Pekan Rabu Era 30-an di Tanjung Chali
 
Pekan Rabu Lama dibina tahun 1932

Pekan Rabu mempunyai sejarah tersendiri dalam usaha menggalakan penyertaan bumiputera bergiat dalam bidang perniagaan yang menjadi minat masing-masing

Kegiatan perniagaan Pekan Rabu bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Tunku Yaacob, seorang Putera Diraja Kedah, supaya orang-orang melayu dapat terus menjalankan perniagaan dalam bandar. Ianya bermula dari pasar minggu di Tanjong Chali, yang terletak dipersinggahan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal di bandar Alor Setar

Tanjong Chali merupakan sebuah tapak bagi melatih orang-orang Melayu di dalam perniagaan. YTM Tunku Yaakob telah mengasaskan kawasan perniagaan ini menjadi pasar minggu di situ pada setiap hari Rabu sahaja pada awal 1920 an. Perniagaan mingguan ini kemudiannya berkembang maju dan berlangsung pada setiap hari. Ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memindahkan Pekan Rabu ini ketapak barunya yang ada sekarang pada tahun 1932 kerana kawasannya menjadi sempit akibat perkembangan perniagaan yang di jalankan
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Antara Yang Menarik Tentang Pekan Rabu

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berniaga di sini

Tiap kali beliau membuat lawatan atau pulang ke Kedah Perdana Menteri tidak pernah ketinggalan melawat ke Pekan Rabu

Pasar Ramadhan akan diadakan di sekeliling bangunan Pekan Rabu pada setiap kali menyambut bulan puasa

Lelongan kuih raya akan diadakan pada setiap malam Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha

Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang paling sibuk dan ramai dikunjungi pelawat samaada tempatan ataupun dari luar

Pekan Rabu pernah menjadi tempat pertemuan pejuang-pejuang kemerdekaan Negeri Kedah untuk melancarkan gerakan perjuangan mereka iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Antara Kemudahan Yang Disediakan di Pekan Rabu

Surau

Tandas

Mesin ATM (BSN)

Telefon Awam

Tempat Letak Kereta

Tempat Letak Motosikal Berkunci

Jejantas iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Pekan Rabu sebagai Pusat Perniagaan Peniaga-Peniaga Kecil Bumiputera

Pekan Rabu pada dasarnya adalah pusat perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil Bumiputera. Untuk menjalankan perniagaan di sini, perlulah menjadi ahli Koperasi Pekan Rabu. Mereka yang bukan ahli boleh juga berniaga dengan menyewa lot-lot kedai daripada ahli Koperasi Pekan Rabu. Kadar sewa yang dikenakan ialah antara RM90 - RM300 sebulan

Terdapat berbagai-bagai jenis perniagaan yang di jalankan di Kompleks Pekan Rabu, dari hasil tanaman keluaran kampung sehingga ke perniagaan yang agak komersial dan bertaraf antarabangsa. Kedai-kedai yang terdapat di sini mula beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga ke 9.00 malam, pada tiap-tiap hari termasuk pada hari cuti umum atau perayaan

Bangunan Pekan Rabu terbahagi kepada 2 Fasa. Di Fasa 1 terdapat 5 tingkat kedai perniagaan yang mengandungi 274 buah gerai, manakala di Fasa 2 juga terdapat 5 tingkat kedai yang mengandungi 73 buah gerai iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Jenis-Jenis Perniagaan di Pekan Rabu

Antara perniagaan yang dijalankan di Pekan Rabu adalah :
1. Kedai Pakaian 13. Kedai gunting rambut
2. Kedai Makanan / Minuman 14. Kedai Muzik
3. Kedai Barang-barang Kemas 15. Kedai Jam
4. Kedai Buah-buahan 16. Kedai Ikan Kering
5. Kedai sayur-sayuran dan ulam-ulaman. 17. Kedai Sekolah Memandu
6. Kedai kuih muih ( kering atau basah) 18. Kedai Cermin dan Frame
7. Kedai Buku atau majalah dan akhbar 19. Kedai Gigi
8. Kedai Kraftangan 20. Kedai Alat Permainan
9. Kedai Pinggan Mangkuk 21. Kedai Cermin Mata
10. Kedai Ubat Tadisional 22. Kedai Beg
11. Kedai Alat-alat perhiasan dan kosmetik 23. Kedai Peralatan Haji
12. Kedai Tukang Jahit 24. Internet-Cafe
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
iklan jawatan kosong kerajaan negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Peranan Pekan Rabu dalam Pembangunan Ekonomi Orang Melayu

Membantu dan mempertingkatkan pencapaian peniaga-peniaga Melayu

Menyatupadukan peniaga-peniaga Melayu di bawah satu bumbung

Membantu peniaga-peniaga Melayu bersatu tenaga secara kolektif bagi merebut peluang-peluang perniagaan untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain

Masalah ketiadaan tempat atau ruang berniaga di kalangan peniaga-peniaga Melayu dapat diatasi

Berjaya melahirkan ramai pemborong dan peniaga-peniaga Melayu

Barangan keluaran kampung / tempatan berjaya diketengahkan ke pasaran luar

Aktiviti perniagaan orang Melayu menjadi tersusun dan terurus di segi pemasaran dan prasarana

Menjadi pusat tarikan pelancong dari segi perdagangan dan keunikannya kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
Di Sebalik Tabir - 'Orang Kuat' Pekan Rabu



En.Ahmad Zubir bin Mansor selaku Setiausaha Koperasi Pekan Rabu telah banyak berjasa dalam usaha untuk mengkomersilkan Pekan Rabu ke peringkat global. Semua data-data di atas ini juga diperolehi atas kerjasama dan jasa baik beliau.



Kompleks Pekan Rabu berada dalam Daerah Kota Setar
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman
kedah lanie, kerajaan negeri kedah darul aman

Kembali ke Jom pi Kedah (klik sini)

Pekan Rabu Alor Setar, Pekan Rabu Alor Setar Kedah, Pekan Rabu Alor star, Pekan Rabu Kedah, Peta Pekan Rabu Kedah, Sejarah Pekan Rabu Kedah, Koperasi Pekan Rabu

Thanks for your visit. Copyright © & design by Kedah2U Group