|
|
 |
|
Stiker Keselamatan Kenderaan
|
Stiker Pelekat Pemantul Cahaya
- Mengurangkan risiko berlaku kemalangan / nahas yg teruk
- Mudah dilihat ketika hujan lebat, kabus tebal, cuaca gelap,
jerebu, senja, waktu malam, awal pagi, langit mendung dll
- Dijampi dgn Surah-Surah tertentu drp Al Quran sbg IKHTIAR
untuk memohon keselamatan bagi penggunanya
- Sebagai tambahan, pengguna juga didoakan setiap kali
Kedah2U mengadakan Solat Dhuha / Hajat (setiap hari)
Harga : RM 30 (kecil) / RM60 (besar)
* harga di atas tidak termasuk kos pos
Kos Pos : RM 10.00 (Seluruh Malaysia)
* masa penghantaran : 3 hari bekerja
* cuti - jumaat & sabtu
|
|
Maklumat Lanjut Stiker Keselamatan Kenderaan
penting utk kenderaan / helmet berwarna gelap supaya mudah dilihat
Antara Testimoni Stiker Keselamatan Kenderaan
daripada En.Muhammad, Ketua Unit ICT Kedah2U
Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sendiri semasa mula-mula saya memasang
stiker keselamatan ini sebagai ikhtiar. Walaupun lebih banyak perkara yang berlaku semasa
memandu terutama terselamat daripada banyak kemalangan, tetapi tidak sempat dirakamkan.
oleh itu hanya yang semasa parking sahaja dapat dikongsi.
Sebagai seorang yang sentiasa sibuk, saya seringkali terlalai untuk memerhati persekitaran
sebelum meletak kenderaan. Lebih-lebih lagi semasa meletak kereta di tempat-tempat yang
belum pernah saya pergi sebelum itu.
Segalanya adalah atas kehendak Allah, namun kita disuruh oleh Allah sendiri supaya
berikhtiar dalam apa cara sekalipun sebelum bertawakal kepadaNya
hampir melanggar tebing koridor
ikhtiar untuk keselamatan kenderaan
sesuatu yg tidak disangka boleh berlaku setiap masa
Cara Memesan Membuat Pesanan (klik sini)
Ilmu Tolak Besi / Tawar Besi
Pernahkah tuan/puan terdengar tentang kedua-dua ilmu tersebut ? Mungkin ia tidak lagi digunakan oleh warga kota yg telah maju & moden. Tetapi bg sesetengah penduduk kampung atau pedalaman masih mengamalkan ilmu-ilmu sebegini.
Ilmu ini menggunakan ayat-ayat Al-Quran semata-mata beserta doa bagi memohon keselamatan dan tiada unsur-unsur syirik, tahyul, khurafat, pemujaan dll. Saya juga pernah belajar tentang ilmu tolak besi. Ia digunakan oleh orang zaman dahulu untuk mengelakkan diri daripada terkena serangan senjata-senjata pihak lawan yang kebanyakkannya diperbuat daripada logam besi, seperti keris, tekpi, kerambit, parang, golok, lembing, anak panah dll. Bagi orang tua-tua, ilmu ini digunakan juga untuk mengelakkan kanak-kanak yg sering ditimpa kemalangan spt terhantuk, terkena balingan benda atau benda yg jatuh dll.
Tetapi saya tidak terfikir utk menggunaan ilmu tsb utk memohon keselamatan ketika berada di jalan raya. Sehinggalah ketika saya ke rumah datuk isteri saya di Kg.Siput yg berdekatan dengan Kg.Memali, Baling, Kedah. Datuk mertua saya serta isterinya adalah merupakan guru ugama yg mengadakan kelas pengajian kitab-kitab agama Islam kepada penduduk setempat di situ. Pada waktu itu, saya baru sahaja membeli kereta Perodua Myvi yang kini menjadi kereta kegemaran saya kerana penjimatan bahan api, kuasa pecutan, keselesaan ruang, kemudahan meletak kenderaan kerana saiznya yg efisien & banyak lagi. ( patutnya Perodua kena bagi komisyen kat saya coz tolong promote model depa ni ) Setelah melihat kereta baru saya, datuk mertua saya telah mengajarkan saya ilmu yg dipanggil Tawar Besi oleh penduduk di situ. Apabila membeli kenderaan yg baru, para penduduk di situ akan meminta datuk mertua saya memohon dengan menggunakan kaedah tersebut bagi memohon keselamatan semasa menaiki kenderaan baru mereka.
Setelah belajar Ilmu Tawar Besi dan meneliti ayat-ayat Al-Quran yg digunakan, ia adalah mirip kepada Ilmu Tolak Besi yg saya pelajari. Bezanya cuma, Ilmu Tolak Besi dibacakan pada benda atau dijadikan azimat, manakala Ilmu Tawar Besi pula dibacakan pada air & diratakan pada kenderaan. Dari situ, timbul idea saya utk menggunakan ilmu-ilmu tersebut utk dibacakan pada Stiker Pemantul Cahaya & dijadikan azimat selaku ikhtiar / syarat utk memohon perlindungan daripada Allah swt. Mungkin jika kita terlupa utk membaca doa semasa menaiki kenderaan, diharap stiker yang berfungsi sebagai azimat tersebut dapat dikira Allah swt sebagai doa.
Perlu diingatkan juga, stiker yang diijadikan azimat ini tidak mempunyai sebarang kuasa dan sebagai ikhtiar atau usaha kita sahaja. Apa-apa ilmu atau amalan sekalipun tidak dapat memberi manafaat & perlindungan kepada kita melainkan hanya sebagai ikhtiar. Yang dapat memberi kebaikan serta kepada kita hanyalah Allah Yang Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu di langit & bumi. Allah swt juga sebaik-baik tempat berlindung.
artikel daripada En.Muhammad
Stiker ini dijampi sendiri oleh En.Muhammad.
Maklumat lanjut tentang En.Muhammad (klik sini)

Untuk kembali ke Laman Produk (klik sini)
|
|
|
|
|
|
|
|