TANPA NAMA
Home - Album - Info - Toys - Songs - Others

KEKALKAN KEREMAJAAN ? MUSTAHIL ATAU TAK MUSTAJAB ???

awet muda cara Islam
Pic 25 Feb 2014, 35 tahun

Sebelum usia lewat 20an, kita semua masih mampu berlagak dgn wajah yg masih tidak byk berbeza berbanding semasa remaja. Dengan bentuk badan yg masih 'dalam kawalan' serta dengan kecergasan yg masih di tahap 'lupa diri'

Tetapi setelah melangkah ke alam 30an atau setelah berkahwin, barulah kita sedar akan 'ketinggian langit' yg sebenarnya. Apabila garis-gari halus mula muncul. Apabila bhg tgh bdn mula 'berkembang'. Apabila nafas menjadi tercungap-cungap atau semput ketika melakukan aktiviti fizikal. Dan apabila kanak-kanak mula memanggil kita 'pakcik' atau 'makcik', barulah kita sedar yg Allah telah mula menarik balik salah satu nikmat yg dipinjamkanNYA selama ini.

Jika kita tergolong dlm kategori HambaNYA yg 'mengenang budi' sblm ini, mgkn DIA akan tambahkan lg 'nikmatNYA' atau setidak-tidaknya, melanjutkan tempoh 'pinjaman' buat sementara waktu.

Semasa di kanak-kanak dulu, saya terbaca sebuah buku Arwah Ayah saya berjudul 'Hidup Sesudah Mati' karangan Bey Ariffin. Klu tidak silap saya, dlm buku tu ada dinyatakan yg para penghuni Syurga akan kekal sebaya dlm usia 30an. Kemudian ada guru-guru saya menyebut pada usia 33thn.

Masalahnya, adakah rupa serta kondisi kita pada usia 30an atau 33thn yg Allah sediakan di Syurga nanti akan sama seperti di Dunia ? Adakah di Syurga nanti kita akan terpengaruh oleh makanan yg tercemar, udara yg kotor, tubuh yg krg 'Vitamin C' (kekurangan gizi seimbang) dll ?

Tidak perlulah kita memikirnya melebihi keperluan. Tetapi, apa yg saya hendak tekankan ialah, bagi diri saya, saya lbh suka berikhtiar utk mengekalkan keadaan wajah dan tubuh saya spt pada usia 20an, bukannya 30an.

Mgkn sbb itu selain menuntut Ilmu Akhirat dan Kebatinan, saya jg suka 'mengorek' ilmu-ilmu dan petua-petua 'awet muda' drp guru-guru saya. Setelah mengetahui 'sesuatu', saya akan terus amalkan jika ia tidak bertentangan dgn 'hukum Allah' dan jika ada melibatkan 'bacaan', hanya menggunakan ayat-ayat Al Quran, Selawat atau Zikir.

Alhamdulillah, walaupun saya menghidap insomnia sejak tahun 1998, tetapi semua yg saya amalkan sejak zaman remaja telah menampakkan kesan dengan izin Allah.

awet muda gold
Pic 11 Mac 2012, 33 tahun

petua awet muda
Pic 16 Ogos 2013, 34 tahun

tips awet muda
Pic 14 Januari 2014, 35 tahun


Untuk makluman juga, saya bukannya jenis 'baby face' di zaman remaja.
Ketika di tingkatan 1, saya sudah kelihatan seperti pelajar tingkatan 5.


Pic 1993, 14 tahun (pic 13thn x jumpa lg)
* Kad Pelajar yg sy modified. jg sbg bukti ketahanan Gillette


1993 - sy jg x jenis 'genit' yg sll dikaitkn dgn proses penuaan yg lewat


1995 - time form 4, sy dh nmpk mcm 20an & sampai ada 1org gf umoq 22



Petua & Amalan Rahsia Awet Muda Saya (klik sini)






KOLEKSI PETUA / AMALAN AWET MUDA CARA ISLAM
Ni petua-petua & amalan-amalan awet muda umum yg sy rasa ok.
tp, yg ni BUKAN yg sy amalkan. sy boh ni smentara nk tunggu hat sy siap sblm ni

Petua Awet Muda Cara Islam 01 - Sebelum Mandi Pagi - Urutan Wajah
Sejurus bangun pagi, muka kita biasanya akan berminyak. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah . Urut wajah dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi 3x Selawat. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. (tang bab urut atas bawah ka, bwh atas ka, sy bedal smcm sj.. dh dr kecik lg dok besa amik ayaq smayang 'ikut buku')

Petua Awet Muda Cara Islam 02 - Sebelum Mandi Pagi - Mandi Embun
Amalkan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda. (tp jaga2, kot2 mlm tu hujan, takut mandi ayaq hujan)

Petua Awet Muda Cara Islam 03 - Sebelum Mandi Pagi - Air Telaga Sulung
Amalkan mandi 'air telaga sulung' iaitu air telaga pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. (sebut pasai 'sulung' ni, pak mentua sy pn nama Sulung. klu dia ada telaga, ntah lg mujarab pa ? kena suruh dia korek jgk)

Petua Awet Muda Cara Islam 04 - Sebelum Berus Gigi - Berkumur Air Suam
Minum air suam dan biarkannya di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil 3x Selawat (dlm hati - kok ada hat nk try baca kok mulut jgk, boleh la try.. kot bsemboq ayaq kok hidung) Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Petua Awet Muda Cara Islam 05 - Semasa Mandi - Surah Al Waqi'ah
Hafal & baca Ayat 35-38 daripada Surah Al-Waqi'ah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. (hat ni sy x berani nk try. sbb dia sebut 'Isteri' & 'Dara'. klu utk org pompuan, ok la. klu sy, takut jd 'aww', x pasai ja. klu dpt direct drp mana2 guru, xpa la. depa boleh bg explaination scr panjang lebaq + tebal berat skali)

doa awet muda
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa

doa awet muda dan cantik
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)

doa awet muda dan kecergasan
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya

doa awet muda nabi yusuf
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan


Petua Awet Muda Cara Islam 06 - Selepas Solat Subuh - Surah Yusuf
Sebagai ikhtiar agar wajah kita kelihatan lebih muda daripada usia sebenar kita, boleh juga diamalkan petua ini. Setelah menunaikan Solat Subuh, baca Surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda. (yg ni sy x pasti kena baca ayat-ayat ttentu ka / 1 Surah ? tp klu rajin, baca 1 Surah mmg confirm lg baguih - klu sy, pakai dak la - pmalas tegar)

Petua Awet Muda Cara Islam 07 - Selepas Solat Subuh - Senaman Ringan
Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun. (pastikn xdak kaca, duri, paku, dawai kokot & yg swaktu dgnnya)

Petua Awet Muda Cara Islam 08 - Semasa Berdandan - Wajah Nabi Yusuf AS
Semasa berdandan di waktu pagi, baca 3x Selawat dan hembuskan di kedua tapak tangan. Kemudian dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi. (rasanya sy mmg xkan buat yg ni. sbb bg sy - Rasulullah SAW = 'the best of the best')

Petua Awet Muda Cara Islam 09 - Hari Tertentu - Potong Kuku
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat (yg ni, sy no komen)



Penghargaan kepada pihak Kedah2U di atas kebenaran menggunakan domain dan hosting Kedah2U